BANTUAN KECEMASAN BANJIR
Musim tengkujuh kini melanda Malaysia, dan negeri-negeri pantai timur terus terkesan dengan teruk, terutama Kelantan. Negeri ini mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, dengan 288 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan untuk menempatkan seramai 92,294 orang daripada 28,615 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, malah terputus bekalan asas seperti makanan dan pakaian. Kanak-kanak dan bayi kekurangan susu formula, makanan bayi, dan lampin. Warga emas dan golongan berpenyakit kronik sukar mendapatkan ubat-ubatan dan keperluan perubatan.
Ribuan nyawa terancam, kehilangan segalanya. Mereka kini bergantung pada bantuan kita.
Setiap ringgit yang dihulurkan akan digunakan untuk menyediakan:
-
Kit Kebersihan (Berus Gigi, Ubat Gigi, Sabun Mandian, Syampu, Serbuk Pencuci Baju)
-
Kit Keperluan Bayi (Lampin Pakai Buang, Susu Formula)
-
Tuala Wanita
-
Selimut
-
Kit Solat (Telekung & Sejadah)
-
Biskut
-
Serbuk Kopi
-
Makanan Retort
-
Air Mineral
-
Ubat-ubatan
Kredit gambar : Kosmo, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro
Hulurkan sumbangan seikhlas hati anda untuk meringankan beban mereka.