top of page

BANTUAN KECEMASAN
BANJIR JOHOR

“Di Johor, mangsa banjir meningkat kepada 40,141 orang setakat pukul 8 pagi pada 8 Mac 2023 dan kesemua mangsa banjir ditempatkan di 202 PPS di lapan daerah.”

Keadaan banjir di Johor menjadikan Batu Pahat daerah paling teruk terjejas dengan 27,774 orang, diikuti Muar 4,080 orang dan Tangkak 2,536 orang mangsa banjir.

Berikutan kenyataan tersebut, sebanyak 10 sungai melepasi paras bahaya, antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 20.12m, Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 5.32m dan Sungai Muar di Buloh Kasap (Segamat) di paras 9.60m.

bhbanjirnaik_1678259739.jpg

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Kami sedang mengumpulkan dana untuk membekalkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir ini. 

 

Mereka memerlukan segera kit makanan asas, keperluan bayi dan kanak-kanak, barangan keperluan asas (selimut dan set alat solat), dan juga kit kebersihan.

Derma sekarang untuk menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan kejadian banjir di Johor.

WhatsApp-Image-2023-03-06-at-9.49.42-AM (2).jpeg
BANJIBPAN1_1678155318.jpg
bottom of page