
GERMY
GLOBAL EHSAN RELIEF MALAYSIA

HAJI BASHEER AHAMED BIN ALI
CEO / FOUNDER
Pengasas, CEO, Perintis Peneraju kepada Global Ehsan Relief di 5 buah negara, SIngapura, Indonesia, Sri Lanka, Kemboja dan Malaysia, berpengalaman luas dalam mengendalikan Kewangan Islamic (Takaful) dan juga seorang pengembara dan pemerhati yang berjiwa insaniah.
Selain itu, beliau juga berpengalaman dengan beberapa badan NGO lain di seluruh dunia. Pencetus idea kepada golongan muda dalam menerapkan nilai-nilai kemanusiaan kepada generasi kini terutamanya dalam bidang kemanusiaan.
EN. MOHD YAMIN BIN ISMAIL
GENERAL MANAGER
Sebagai seorang Pengurus Operasi (Operational Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia, berpengalaman yang luas sebagai seorang Pengurus di Hezom Malaysia dan juga menjadi Penasihat di Al-Amanah Services sehingga kini.
Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang kemanusiaan selain banyak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan bersama-sama NGO lain di dalam dan juga di luar negara. Berpengetahuan luas di dalam bidang kemanusiaan dan perniagaan.

ADMIN & FINANCE TEAM

NUR HAZIRAH BINTI SHAIFUL BAHARI
ADMIN MANAGER
Bertanggungjawab sebagai Pengurus Pentadbiran (Admin Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dari Universiti Sains Islam Malaysia. Mempunyai lesen Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (K.B.P.A) Malaysia.
Sering menceburi aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan sewaktu di universiti. Salah satu program sukarelawannya merupakan di bawah program Yayasan Dakwah Islam Malaysia iaitu Program Sukarelawan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Ja'far, Seremban.
MARIAH BINTI A. TALIB
ASSISTANT ADMIN
Bertanggunjawab sebagai Pembantu Admin di Global Ehsan Relief Malaysia. Pelajar kelulusan Kolej Komuniti Jasin Dalam Jurusan Pelukis Pelan Senibina.
Seorang yang periang dan suka melakukan aktiviti lasak serta suka mencuba sesuatu yg baru dalam melakukan apa jua kerja. Harap dapat memberikan manfaat serta dapat berbakti kepada masyarakat.

EVENT TEAM

MOHAMAD SUFFI BIN MOHAMAD SHUKOR
EVENT EXECUTIVE
Diberi mandat sebagai Penolong Pengurus Acara (Event Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana. Sepanjang dalam kerjayanya sebagai anak seni atau lebih tepat kelahiran UiTM, beliau acap kali mengendalikan acara berprestij tinggi sepanjang tempoh 3 tahun dalam mengendalikan acara iaitu salah satunya Program bersama Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri sekarang di Putra World Trade Centre, (PWTC) Kuala Lumpur. Kini beliau ingin mencari sesuatu kelainan dalam dirinya agar dapat memberi manfaat untuk masyarakat dunia.
QURRATU'AIN BINTI KAMARUZAMAN
EVENT MARKETING EXECUTIVE
Ditugaskan sebagai Event Marketing Executive di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi di Politeknik Port Dickson. Beliau juga sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat seterusnya dalam jurusan Komunikasi & Media Massa (MassCom) di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor. Sepanjang kerjaya beliau, beliau banyak mengendalikan aktiviti berkaitan dengan pemasaran dan promosi. Dia juga aktif dalam mengendalikan platform media sosial antaranya ialah Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya. Harapan beliau adalah dapat meluaskan lagi pengetahuan dan juga dapat memberi sesuatu yang berguna kepada diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

MEDIA TEAM

ALIEF IDZMAN BIN ABDUL RAHIM
VIDEO EDITOR & VIDEOGRAPHER
Diberi mandat sebagai pereka grafik dan "Video Editor" di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Kepujian Pengkomputeran Multimedia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.
Sepanjang dalam kerjayanya dalam bidang multimedia, beliau telah banyak menghasilkan grafik dan video dan salah satu hasil karya yang telah dibuat adalah untuk PETRONAS. Kini beliau ingin mencari kelainan dalam penyampaian grafik dan juga video supaya masyarakat dunia dapat melihat kehidupan masyarakat dalam lensa kamera dan juga video.
KAMARUL AZREE BIN ZULKIFLI
PHOTOGRAPHER & VIDEO EDITOR
Bertanggungjawab sebagai Juru Gambar dan "Video Editor". Merupakan graduan Diploma Rekabentuk Industri di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor. Mempunyai kreativiti dan minat yang mendalam dalam bidang rekabentuk sejak kecil. Sebagai graduan dalam Rekabentuk Industri dan kelahiran PIS, pengetahuan beliau tidak terhad hanya dalam merekabentuk grafik dan video malah juga berpengalaman dalam membuat 3D serta lukisan kejuruteraan. Kini beliau lebih bersedia untuk memberi khidmat berdasarkan ilmu yang telah dipelajari dan menambah pengalaman sementara menolong masyarakat dunia.


SYUNIZA AWATIF BINTI AZME
MEDIA EXECUTIVE
Bertanggungjawab sebagai Social Media Executive dan Graphic Designer di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Kepujian Pengkomputeran Multimedia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.
Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah banyak menghasilkan grafik poster terutamanya ketika bekerja di beberapa syarikat salah satunya adalah syarikat gergasi Malaysia iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).