SULAWESI EMERGENCY RESPONSE

(Malaysia)

(Luar Negara)

Klik butang DONATE untuk menderma  

 

Pada 28 September 2018, Jumaat lalu satu gempa bumi kuat telah melanda Sulawesi dan mengakibatkan Tsunami yang mempunyai 3 - 6 meter ketinggiannya.Gempa bumi yang berskala 7.5 Rikter ini mengakibatkan bangunan-bangunan, rumah-rumah , masjid dan sekitarnya runtur meranapkan seluruh kawasan terbabit

Antara daerah yang terjejas terus oleh bencana alam ini ialah Palu, Donggala dan Mamuju. Angkat kematian dicatatkan seramai 300 lebih korban jiwa dan selepas 2 hari ianya mencecah lebih dari 800 korban.

 

Kerajaan Indonesia menyeru bantuan antarabangsa dalam menangani bencana alam ini.

 

 

Kebanyakkan mangsa-mangsa yang terselamat dirawat di khemah-khemah sementara yang didirikan bagi meneruskan kehidupan walaupun mereka masih dalam keadaan trauma.

 

ANTARA BANTUAN YANG SANGAT DIPERLUKAN

 

  • Bantuan makanan termasuk susu bayi

  • Mineral Water

  • Selimut

  • Khemah

  • Hygiene kits

  • Ubatan

 

 

10,000 set diperlukan segera dalam beberapa hari ini kerana ramai mangsa yang kehilangan tempat berteduh, kesukaran mendapat bekalan makanan dan air bersih. Setiap set mempunyai item-item diatas yang bermanfaat kepada 5 orang dalam satu keluarga.

 

Kami memerlukan sumbangan dari anda, bagi setiap amaun yang disumbangkan akan mampu menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan warga tua. Team kami akan berada dilapangan untuk beberapa hari akan datang dan kami akan kemaskini keadaan semasa disana dari hari ke hari. Buat masa kini team kami masih menghantar bantuan ke Lombok untuk bencana alam yang lalu dan kini menyasarkan daerah-daerah Palu, Gonggala dan Mamuja, di Sulawesi.