EHSAN RAMADAN BERSAMA USTAZ HANAFI
Ramadan bulan keberkatan, peluang untuk membantu saudara seIslam yang memerlukan, di dalam dan luar negara.

Ustaz Hanafiah Malek
Duta Global Ehsan Relief Malaysia
MISI MENGEJAR PAHALA BERSAMA USTAZ HANAFI
Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan di mana setiap amal kebajikan dilipatgandakan. Inilah peluang untuk kita bersama membantu saudara seIslam yang hidup dalam kesempitan, baik dalam negara mahupun di luar negara.
Bersama Ustaz Hanafiah, marilah kita menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan menyokong inisiatif Ehsan Ramadan untuk menyantuni golongan asnaf, anak yatim, serta mereka yang memerlukan di Gaza, dan negara-negara lain.
Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan:
-
Hidangan Iftar Mingguan
-
Pek Bantuan Makanan
-
Bantuan Zakat
-
Kindness Day Edisi Ramadan
-
Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir
-
Hadiah Raya seperti Baju Raya dan Duit Raya
Sabda Rasulullah ﷺ: "Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun." (HR. At-Tirmidzi)
Jadikan bulan Ramadan ini sebagai misi untuk mengejar pahala berganda. Derma serendah RM20 untuk mereka yang memerlukan!