
EHSAN RAMADAN BERSAMA USTAZ JAFRI
Ramadan bulan keberkatan, peluang untuk membantu saudara seIslam yang memerlukan, di dalam dan luar negara.
Ustaz Jafri Mahmoodi
Duta Global Ehsan Relief Malaysia
RAIH GANJARAN RAMADAN BERSAMA USTAZ JAFRI
Bayangkan saudara kita di Gaza dan negara-negara dhaif lain, tatkala azan Maghrib berkumandang, mereka hanya berbuka dengan seteguk air kosong. Tiada juadah yang lazat, tiada makanan yang mengenyangkan, hanya doa yang menemani mereka di bulan yang penuh keberkatan ini.
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah medan untuk kita memperbanyakkan sedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Bersama Ustaz Jafri, marilah kita menyantuni golongan asnaf, anak-anak yatim, dan saudara seIslam yang hidup dalam kesempitan dengan menyokong inisiatif Ehsan Ramadan.
Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan:
-
Tajaan Iftar Mingguan
-
Pek Bantuan Makanan
-
Bantuan Zakat
-
Kindness Day Edisi Ramadan
-
Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir
-
Hadiah Raya seperti Baju Raya dan Duit Raya
Sabda Rasulullah ﷺ: "Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun." (HR. At-Tirmidzi)
Satu hidangan iftar yang anda berikan adalah rezeki yang mereka nantikan. Hanya serendah RM20 untuk bantu mereka yang memerlukan!