
BANTUAN KECEMASAN
GEMPA BUMI TÜRKIYE
Mangsa-mangsa gempa bumi yang dilanda Türkiye masih memerlukan pertolongan kami dan ia akan mengambil masa untuk keadaan kembali normal. Pertolongan anda amat diperlukan dan
dan akan mengurankan beban mereka.
“Banyak bangunan yang runtuh dan musnah. Terdapat penduduk yang terperangkap di tempat terpencil… jadi kami beranggapan bahawa bilangan orang yang cedera dan kematian akan meningkat mengikut peredaran masa.”
Pada awal pagi 6 Feb 2023, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah melanda Gaziantep, sebuah wilayah di Türkiye yang menempatkan lebih 2 juta orang. Gempa bumi dan gegaran susulan yang berikutnya cukup kuat untuk bergema ke negara jiran Syria dan Lubnan, memusnahkan bangunan dan membunuh ramai orang dalam tidur mereka.
Angka kematian telah meningkat kepada lebih daripada 40,000, dan beribu orang telah cedera dan terkandas dalam musim sejuk yang teruk. Usaha menyelamat sedang dijalankan, tetapi dihalang oleh ribut salji yang menyebabkan jalan raya dilitupi ais dan salji. Ini adalah gempa bumi terburuk yang melanda wilayah itu dalam tempoh seratus tahun.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Kami sedang bekerjasama dengan rakan kongsi kami di sana untuk membekalkan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana ini. Mereka memerlukan segera pakaian musim sejuk, selimut, makanan panas dan tempat perlindungan sementara.
Derma sekarang untuk menyediakan bantuan makanan yang dapat menyelamatkan nyawa, formula susu bayi, tempat perlindungan dan selimut kepada komuniti yang terjejas oleh kejadian gempa bumi ini di Türkiye.


