![]() | ![]() | ![]() |
---|
GLOBAL QURBAN
Surat Al-Hajj Ayat 34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).
"
"
PENGENALAN QURBAN
Alhamdulillah dengan izin Allah, tahun ini merupakan tahun ke-3 , Global Ehsan Relief bersama-sama dengan rakan kongsi antarabangsa, menunaikan ibadah Qurban di seluruh dunia dan memastikan pengorbanan anda terlaksana mengikut landasan Islam.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, GER dengan usaha sama rakan kongsi kami telah bersepakat memilih tema "EHSANQurban2018" sebagai tanda menyokong dan membantu dengan penuh ehsan kepada insan-insan yang memerlukan.
Kami hanya mengorbankan binatang sembelihan yang sihat (biri-biri,kambing,unta dan lembu) dan akan menghantar daging mentah kepada keluarga yang memerlukan.
Selain dari menghantar ke bandar-bandar, kami juga menyediakan ibadah Qurban di kawasan-kawasan terpencil, kampung-kampung yang mana selalu tersisih dari pusat-pusat kebajikan. Walaupun harganya agak mahal, kami berharap anda bersetuju bahawa kawasan-kawasan yang lebih terpencil mempunyai kepadatan masyarakat yang lebih miskin : wanita, kanak-kanak, warga emas dan pelarian perang yang selalunya menjadi keutamaan kami.
Setiap satu penderma Qurban akan mampu menyediakan pakej yang boleh memberi makan sekurang-kurangkan 7 orang! Kemurahan hati penderma dapat memastikan, insan-insan lain di dunia ini tersenyum kegembiraan dan diingati di Hari Raya Aidil Adha, walau bagi sesetengah orang ianya hanyalah sekeping daging biasa.

TUJUAN KAMI
Fokus kami pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, fokus kami kepada :
-
Negara- negara miskin yang daif
-
Negara konflik
-
Negara yang tertindas
-
Pelarian (Rohingya, Syria, Gaza dan lain-lain)
-
Golongan asnaf
Tujuan kami mensasarkan negara-negara diatas adalah kerana tahap kemiskinan mereka dan keperluan makanan yang mendesak. Selain itu, kita juga ingin berkongsi kegembiraan berhari raya pada mereka kerana sekurang-kurangnya seramai 100 keluarga atau lebih akan dapat menikmati daging korban ini.
Statistik Kebuluran Dunia
Menurut United Nations Food & Agriculture Organization (FAO) menganggarkan sebanyak 815 juta manusia daripada 7.6 billion jumlah penduduk dunia (10.7%) yang menderita kekurangan makanan dan zat makanan pada 2016.
CARA PEMBAYARAN
Wang Tunai ke Pejabat Kami di :
GLOBAL EHSAN RELIEF (MALAYSIA)
No 4-01 Jalan Padi Emas 4/1,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Malaysia
Cek atas nama : "Global Ehsan Relief "
8603 208 949 (CIMB)
-
Hantar ke pejabat kami seperti alamat di sebelah
-
Mesin Cheque deposit
Pindahan Wang Tunai
-
Maybank - 5511 3752 7074 (MBBEMYKL) Swift Code
-
CIMB - 8603 208 949 (CTBBMYKL) Swift Code
Pindahan Online (payment gateway)
-
Klik untuk menderma
-
Klik hotline whatsapp untuk sebarang kemusykilan
Pakej Qurban lengkap dengan
-
Sijil penyertaan Global Qurban 2019 anjuran Global Ehsan Relief
-
Gambar - gambar semasa proses Qurban di negara - negara yang dipilih.
-
Laporan lengkap tentang proses pengagihan Qurban anda
-
Video di website & media sosial untuk tatapan anda.