top of page

HARAPAN BUAT GAZA
 

Gaza memerlukan sokongan dan bantuan untuk dibangun semula. Jadikan bulan Syaaban ini sebagai peluang untuk kembalikan nadi Gaza.

465659800_954499723380078_1014248631778277771_n.jpg

STATUS GAZA TERKINI 


 

Lebih 90% penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat 92% rumah musnah atau rosak. Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kini menjadi pelarian di tanah sendiri, dengan kerugian yang dianggarkan mencecah USD 18.5 bilion (RM 77.7 bilion).  

 

Jika tidak ditangani segera, krisis kemanusiaan akan berterusan, penyakit akan merebak, dan generasi muda hilang akses pendidikan. Keadaan ini akan membawa kepada kemiskinan yang melampau dan ketidakstabilan sosial yang lebih teruk. 

 

Gaza berada dalam keadaan kritikal. Bersama, kita boleh membantu membangunkannya semula.

MISI MEMBANGUNKAN SEMULA GAZA

 

Hasrat pembangunan semula Gaza merupakan langkah tepat menzahirkan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan empati terhadap mereka yang kehilangan segala-galanya.

 

Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian daripada misi untuk membangunkan semula Gaza. Misi membangunkan semula Gaza tidak akan berjaya tanpa sokongan anda. Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka yang kehilangan segalanya.


 

Sumbangan anda akan digunakan membina kawasan petempatan semula yang lengkap dengan:

 

  • Membina khemah yang selamat dan selesa kepada keluarga yang terjejas

  • Membina sistem bekalan air untuk kegunaan seharian

  • Membantu membina semula sekolah agar anak-anak Gaza dapat terus belajar

  • Menyokong pembinaan masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti

Hulurkan sumbangan anda untuk pembangunan semula Gaza kerana anda adalah harapan buat Gaza.

​​​

Harapan Buat Gaza
PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page