RAKAN KONGSI KAMI

Perlaksanaan Projek Bersama Rakan Kongsi

Global Ehsan Relief hanya memilih rakan kongsi yang mempunyai reputasi dan latar belakang pertubuhan yang dikenali pada tahap antarabangsa juga mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang misi kemanusiaan.

 

Kami memandang tinggi kejujuran, ketelusan dan penekanan dalamm proses penyelesaian masalah dari segi pembangunan perlindungan, pendidikan, kesihatan dan penampahbaikkan rohani yang berkekalan terhadap insan-insan yang memerlukan di seluruh dunia.

 

Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan mereka-mereka yang tidak pernah kenal erti letih :

PENNY APPEAL UK

Matlamat penubuhan Penny Appeal adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kebuluran kemiskinan dan memberikan peluang kepada anak-anak yatim serta anak-anak yang memerlukan akses untuk pendidikan

 

Berdaftar dibawah Pertubuhan Kebajikan di England dan Wales NO 1128341

Projek Semasa: OrphanKind, Thirst Relief, Rapid Response Emergency, Hifz Orphan, Open Your Eyes and Feed Our World, Syria Emergency, Gaza Emergency, Mosque Project.

ORPHANS IN NEED - UK

Organisasi yang berpusat di UK, menanggung lebih dari 20 ribu anak yatim dan keluarga mereka di 14 negara. mereka menanggung keluarga yang tidak mampu menyediakan 

Kami menyokong mereka yang tidak dapat menyediakan diri mereka sendiri, memberikan penyelesaian yang mampan, jangka panjang kepada mereka yang memerlukan. Kami memberi bantuan pek makanan secara bulanan, yuran pendidikan, penjagaan kesihatan dan menyara anak-anak yatim diluar negara

Ongoing Projects : Orphan Sponsorship, Orphanage, Orphan Village, Widow and Orphans Food Parcel

UMMAH WELFARE TRUST

Ummah Welfare Trust merupakan Badan Bantuan Antarabangsa yang beroperasi di UK dan ditubuhkan pada 2001. Diilhamkan daripada ajaran Islam yang mendidik mengenai sifat empati, kemurahan hari dan tidak mementingkan diri,tujuannya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan penderitaan seluruh dunia.

 

Hak-hank insan yang diabaikan dan ditindas akan dipenuhi dengan program pembangunan perlindungan, pendidikan, kesihatan dan pengisian rohani berkekalan kepada rakyat miskin dan golongan sasar.

Projek semasa bersama UWT:

 

  • Menyediakan  Bantuan Kecemasan, seperti makanan dan bantuan perubatan, kepada mangsa konfliks dan bencana alam.

  • Menyediakan saluran sumber air bersih melalui pembinaan perigi dengan kelengkapan paip, pam tangan dan pengedaran air tangki bergerak ke lokasi yang memerlukan.

  • Menaja anak yatim dan ibu tunggal dalam pemberian hak yang patut diterima.

  • Pembinaan semula rumah yang rosak ,masjid, rumah anak yatim dan sekolah.

  • Menubuhkan pusat perubatan dan pusat rehab lebih lagi untuk wanita dan kanak-kanak.

  • Melaksanakan projek yang menjana pendapatan untuk membantu mangsa menjadi lebih berdikari.

Negara yang telah menerima bantuan: Albania, Bangladesh, Burma, Chechnya, India, Kashmir, Palestine, Philippines, Somalia, Syria, Sudan dan Pakistan.

HUMAN CARE SYRIA

Human Care Syria adalah pertubuhan NGO berdaftar United Kingdom yang bekerja di bawah, Human Care Foundation Worldwide. Ditubuhkan pada 2011, Human Care Syria adalah pertubuhan pertama di UK yang mengetuai badan kebajikan Syria di dalam Syria.

Dalam masa 5 tahun, Human Care Syria telah pun menyokong beribu usaha bantuan kepada Syrian di Syria dan negara-negara jiran. Bukan hanya menyediakan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan seperti membina rumah perlindungan, makanan, susu bayi, kit perubatan dan peralatan perubatan untuk Doktor di Syria, mereka juga memfokuskan untuk membaik pulih bangunan di Syria seperti sekolah dan juga sediakan platform untuk mereka memulakan perniagaan.

ISLAMIC HELP

Islamic Help adalah badan kebajikan antarabangsa yang berdaftar di United Kingdon. Ditubuhkan pada 2003 oleh sekumpulan anak muda yang berazam untuk mengubah kehidupan dan penderitaan insan-insan miskin.

 

Bersemangat, berdedikasi dan mempunyai visi, kumpulan ini mengambil pelbagai pendekatan idea dari komunity yang lebih bijak dan matang. Dengan sokongan yang ada, inisiatif kemanusiaan letah dilancarkan beberapa tahun kemudian dan kahirnya dikenali secara global sebagai ISLAMIC HELP.

Beberapa tahun ini, Islamic Help telah menyambung perkhidmatan menyediakan bantuan berikutan bencana besar, menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada beribu pelarian dan memindahkan mereka dari tempat konfliks seperti Gaza, Republik Afrika Tengah dan Syria.

On Going Projects : Orphans sponsorship, Birth Campaign, Water & Sanitation, Umrah For Orphans, Emergency Relief

YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID INDONESIA (YKMI)

Yayasan Bantuan Muslim Indonesia telah pun menukar nama kepada “Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Indonesia (YKMI)”, atau “Muslim Humanitarian Foundation Indonesia”, ditubuhkan pada 5 Ogos 2006 secara legal (No. C-295-HT.01.01 TH 2007 ) dan pada 5th of Februari 2007 dilegalkan semula dibawah Notary Nurdhani SH. SpN bertarikh  27 Ogos 2014 (SK AHU-05181.50.10.2014) pada tarikh  29 Ogos 2014.

Program pertubuhan ini melibatkan :

  • Program sosial secara formal dan tidak formal, membina asrama anak-anak yatim, rumah rawatan, hospital, politeknik, makmal, pemeliharaan kebudayaan, pendidikan sukan, pendidikan perbandingan dan penyelidikan.

  • Program kemanusiaan, melibatkan program kecemasan, pelarian, migrasi, perlindungan pengguna, perlidungan alam sekitar.

  • Berkenaan keagamaan, membina sekolah , zakat, infak, sadaqah, penerimaan dan pengedaran makananan, program qorban dan lain-lain.

KINDNESS MALAYSIA

Kindness Malaysia adalah keahlian tunggal yang mewakili Malaysia dalam "The World Kindness Movement:.

Ditubuhkan atas dasar kepercayaan yang kuat dan dedikasi dalam menyediakan sumber dan alat untuk menggalakkan kebaikkan.

 

Muslim Aid Cambodia

Muslim Aid adalah agensi Pembangunan Dan Bantuan yang ditubuhkan pada 1985 di UK, telah bekerja di 70 negara dan mempunyai pejabat di Bangladesh, Bosnia, Cambodia,Gambia,Indonesia, India, Iraq, Jordan,Kenya, Lebanon,Pakistan,Somalia,Sri Lanka dan Sudan

Muslim Aid menyediakan bantuan kecemasan termasuk makanan, tempat berteduh dan sokongan perubatan: bangunan berkapasiti yang menyalurkan air, dan program kesihatan, pendidikan dan latihan kemahiran, kewangan mikro dan menjana pendapatan sebagai tambahan kepada program istimewa seperti penjagaan anak yatim. Selain itu, membekalkan bantuan praktikal, membantu komuniti dalam mencari punca kemiskinan dan dibawah pembangunan untuk menyokong masa depan yang mampan.

 

 

RUMAH ZAKAT INDONESIA

Rumah Zakat mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi untuk mencipta masyarakat yang lebih baik, untuk menjadi peneraju di rantau ini dalam memastikan keberkesanan program pembangunan yang berkekalan serta memberi semangat untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

 

RZ kini mempunyai 45 rangkaian pejabat dari Aceh hingga ke Papua yang disokong oleh 375 pekerja yang professional dan informasi teknlogi yang digunakan untuk mengedar zakah, infaq, sadaqah dan pelbagai bantuan kemanusiaan lagi.

 

 

Projek semasa bersama Rumah Zakat:

 

1. Senyum Ramadhan:

  • Iftar Ramadhan Sponsorship

  • Eid Gifts For Orphans 

  • Eid Gifts For Needy Families 

  • Syiar Quran

2. Super Qurban:

  • Canned Qurban - Sheep

  • Canned Qurban - Cow

3. Senyum Juara:

  • Mobile Library For Poor & Needy 

  • Education Sponsorship

  • Bursary Sponsorship

4. Senyum Sehat:

  • Free Ambulance

  • Free Mobile Clinic

  • Free Maternity Clinics & Services

5. Senyum Lestari:

  • Mosque renovation and re-construction 

  • Water Well Projects

Please reload