COVID 19 - Cabaran Gelombang Ketiga Pandemik untuk golongan terkesan.


sumber gambar : BERNAMA


Susulan kes jangkitan yang mendadak naik sejak bulan Ogos lalu menjadikan Malaysia bergelut semula dalam membendung gelombang ketiga pandemik. Sejak 7 Okt 2020 hingga 20 Okt 2020 statistik kes Covid 19 telah mencecah diantara 700++ hingga 800++ kes setiap hari dimana 70% daripadanya adalah di Sabah dan diikuti dengan Selangor, Kedah dan lain-lain dimana PKPD ( Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) telah pun dilaksanakan di seluruh Sabah dan Labuan dan besar kemungkinan akan di lakukan juga di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam masa terdekat ini. Kadar Kemiskinan Dianggarkan kadar kemiskinan di Malaysia akan meningkat daripada 1.5 juta kepada 2.4 juta setelah ramai pekerja yang terkesan dengan pandemik ini kerana penduduk dilarang keluar bekerja/berniaga dalam tempoh kawalan pergerakan. Dalam mengekang penularan wabak ini kerajaan terpaksa melaksanakan perintah sekatan kerana bimbang penularan yang lebih besar lagi akan berlaku. Namun hal ini menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan setelah ekonomi jatuh teruk diakibatkan oleh pandemik ini dan bantuan kerajaan yang diberi juga nampaknya tidak mampu menampung keseluruhan masyarakat yang terkesan.


Laporan daripada Merdeka Centre Research Firm, 5 ke 8 peratus populasi Malaysia akan jatuh ditaraf kemiskinan dimana Sabah merupakan negeri yang paling terkesan akibat gelombang ketiga pandemik kali ini.


Sejak April lalu kutipan dana untuk bantuan segera Covid-19 bagi masyarakat yang terkesan di Malaysia adalah hampir RM 70k dan sebanyak hampir 700 buah keluarga di Malaysia yang telah dibantu di seluruh Malaysia. Dan GERMY masih menjalankan kutipan dana sasaran RM 50k untuk bantuan segera yang akan disalurkan secepat mungkin.


9 views