Warkah dari Bumi Bangladesh (Kem Pelarian Rohingya)

Bismillahirrahmanirrahim...



Warkah yang ingin ku tulis adalah sebuah warkah yang akan menjadi saksi diakhirat kelak insyallah, mungkin ianya hanya sebuah nukilan yang tiada nilai bagi orang yang tidak tahu apa itu syukur tetapi ianya permata bagi orang yang tahu apa itu makna syukur dan nikmat yang selama ini dilimpahkan oleh yang maha esa ya rabbi.


Waktu warkah ini dicoretkan, setelah selesai solat maghrib berjemaah bersama ayahanda dan aku masih dalam keadaan berwuduk, disebelah kanan ku mushaf alquran dan disebelahku khulashoh al madad, diatas sedajah, menghadap kiblat yang satu. Apa yang aku ingin sampaikan ialah nikmat syukur yang manusia sering lalai. Tanggal 11 Zulhijjah 1440,


Aku bersama dua orang rakan seperjuangan dipilih oleh Allah untuk berpijak di Kem Pelarian Rohingya yang bertempat di Bangladesh untuk menjalankan amanah ibadah korban untuk saudara di sana, Alhamdulillah kami selamat sampai dan kami disambut baik oleh saudara di sana, ingin sekali aku menceritakan bagaimana kehidupan yang cukup daif, tak tergambar difikiran bagaimana kehidupan mereka. Bekalan air bersih yang tidak mencukupi, makanan yang terhad, penempatan yang serba kekurangan dan tiada pendidikan bagi kanak-kanak yang masih kecil.


Kem yang kami kunjungi diberi nama Balukali kem yang menempatkan lebih 1.4 juta penduduk dan ianya masih terus berkembang. Bayangkan bagaimana mereka tinggal dikawasan tanah merah yang padat didiami oleh lautan manusia pelarian yang jauh dari negara asal mereka. Kami pada waktu itu tak tergambar bagaimana kesusahan mereka sehari-hari merka lalui dengan pekara asas yang serba kekurangan. Tergambar diwajah mereka sukar melalui liku-liku dalam kehidupan mereka, dan mereka teguh menghadapinya. Perasan kami ketika itu sedih, pilu, dan hiba seakan-akan tidak dapat terima jika itulah kehidupan kami.


Bagi sesiapa yang sempat membaca warkah ini, ingin sekali aku petik dari hadith rasul dan nabi kita


“tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri” riwayat Bukhari dan Muslim.


Bukan tujuan mengemis atau meminta tetapi mereka itu saudara islam kita, dari satu tuhan yang sama, menghadap kiblat yang sama, kitab yang mereka baca adalah sama dengan kita, cara sembahyang yang sama dengan kita, dan wajarlah kita sebagai orang muslim yang bersyukur dengan apa nikmat yang kita ada bagi membantu mereka untuk mereka menjadi saksi diakhirat kelak dan amalan sampingan untuk kita mendapat syurga Allah yang mahal tiada tolak bandingnya insyallah.


Oleh yang demikian, Terdetik di hati ini ingin kembali memberi bantuan walaupun hanya sekelumit bantuan bekalan makanan seperti mmberi roti serta bekalan air bersih kepada anak anak ini. Namun aku sedar aku tidak mampu untuk memberi seramai 100,000 org anak anak yg kelaparan dan lebih memerlukan bantuan makanan seharian ini. Betul, terlalu banyak bantuan bekalan makanan disalurkan oleh badan - badan daripada beberapa buah negara, namun tahukah anda? Ianya masih belum mencukupi, hanya dapat menampung 20% drpd 100,000 anak anak berkenaan. Oleh itu, aku bertekad untuk mencari alternatif untk membantu bekalan makanan anak anak ini melalui beberapa acara yang akan dijalankan di negara ku. Namun, aku tahu masih tidak mencukupi juga.


Aku mohon dan menyeru semua golongan lapisan masyarakat untuk menghulurkan bantuan bekalan makanan bagi anak-anak yg lebih memerlukan ini. Walaupun hanya RM1 untk bun/roti bagi seorang anak di sana sudah cukup membantu. Hulurkanlah tangan anda, bantu kami mengubah dunia. Walaupun bermula dgn RM1 setiap bulan melalui pendapatan anda. InshaAllah,segala amalan anda akan dibalas di akhirat kelak. Amin. INSHAALLAH.



Nukilan ini mengandungi bismillah maka jika suatu hari nanti warkahku ini dicetak, maka letakkan ia di tempat sepatutnya dan jika ia mahu dilupuskan setelah dicetak, maka lupuskan ia sewajarnya, aku sudahi nukilan ini dengan bismillahirrahmanirrahim, semoga kita mendapat syafaat oleh nabi Allah SAW diakhirat kelak kerana itulah satu-satunya jaminan kita untuk masuk syurga Allah SWT. Asalamualaikum

0 views