top of page

PROJEK LOKAL

Ehsan Ibu Tunggal

Projek khas menyasarkan golongan Ibu Tunggal yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Screenshot 2023-06-26 at 5.18.58 PM.png

Mengenai Ehsan Ibu Tunggal

Program ini diwujudkan khas untuk membantu meringankan beban ibu tunggal dalam menyara anak mereka yang masih bersekolah.

 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), "Kini terdapat seramai 910,091 orang ibu tunggal di negara ini. "Ia bersamaan dengan 8.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini." 

 

Lebih dari 45% ibu tunggal yang jatuh dikategori B40 dimana mereka perlu mencari nafkah disamping menyara anak-anak dan keperluan hidup yang lain. Dengan desakan ekonomi kini menjadikan golongan ibu tunggal lebih memerlukan bantuan kemanusiaan.

Fakta Ehsan Ibu Tunggal :

RM170

Pakej bantuan termasuk Bantuan Pek Makanan dan Wang Saku.

Cabaran untuk Ehsan Ibu Tunggal

PEKERJAAN

Kembali ke pasaran kerja merupakan satu cabaran akibat stigma masyarakat terhadap ibu bapa tunggal.

PENJAGAAN ANAK

Mencari penjaga anak-anak yang boleh dipercayai dan mampu milik adalah kesukaran utama bagi ibu tunggal.

KESUSAHAN

Ibu tunggal bergelut dalam pencarian nafkah sambil menghadapi cabaran dalam pekerjaan, penjagaan anak, dan tanggungan lain.
Ibu Tunggal

EHSAN ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA

bottom of page