BANTUAN KECEMASAN SYRIA

Seluruh dunia tertumpu kepada isu wabak "Coronavirus atau Covid-19" kini dan pelbagai langkah keselamatan dari serata pelusuk dunia namun apa yang terjadi di Idlib Syria sebaliknya. Mereka berdepan dengan musibah kehilangan tempat tinggal, kebuluran, kekurangan sumber air bersih dan sebagainya.

Ramai penduduk Idlib Syria yang kini terpaksa melarikan diri di sempadan Syria/Turki. Ada kematian yang berlaku dan sebagainya..

Hampir 300 penduduk Syria melayang nyawa, kebanyakan penduduk di Idlib Syria kini melarikan diri sehelai sepinggang mencari tempat yang lebih selamat..

KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA DEMI KELANSUNGAN HIDUP SAUDARA KITA DISANA

TEMPAT PERLINDUNGAN (SHELTER)

Bantu mendirikan tempat perlindungan sementara dari batu bata (yang lebih kukuh), dibina dengan sebuah bilik, pintu dan 2 tingkap serta dilindungi dengan canvas.

Lokasi : Keferlusin, Babiska, Ahtarin, Kaibe, Shemmarih

 

RM 1 800 sebuah ( Sebarang amaun kami alu-alukan)

TARGET : 10 000 Buah tempat perlindungan

PEK BANTUAN MAKANAN

Bantuan segera makanan kering untuk mangsa pelarian Syria yang kini sedang berdepan ancaman kebuluran

Pek makanan itu akan mengandungi barangan makanan untuk sebulan / sekeluarga (4-5 orang satu keluarga)

RM 450 Sebulan / 1 keluarga

BEKALAN AIR BERSIH

Bekalan air bersih akan dihantar secara berkala di kawasan tempat perlindungan untuk kegunaan mangsa pelarian seperti memasak, membasuh, menyucikan diri dan lain-lain.

RM 300 sebulan 

KIT KEBERSIHAN DIRI (HYGIENE KITS)

Keperluan diri untuk tujuan membersihkan diri 

RM 150 sebulan

Atau klik button dibawah untuk CARA LAIN menyumbang jika anda ingin membantu saudara kita disana