DSC09611.JPG

our team

Meet The Team

54194665_10219463912055380_5911698410481

Haji Basheer Ahamed Bin Ali

CEO/Founder

Pengasas, CEO, Perintis Peneraju kepada Global Ehsan Relief di 5 buah negara, SIngapura, Indonesia, Sri Lanka, Kemboja dan Malaysia, berpengalaman luas dalam mengendalikan Kewangan Islamic (Takaful) dan juga seorang pengembara dan pemerhati yang berjiwa insaniah.

Selain itu, beliau juga berpengalaman dengan beberapa badan NGO lain di seantero dunia. Pencetus idea kepada golongan muda dalam menerapkan nilai-nilai kemanusiaan kepada generasi kini terutamanya dalam bidang kemanusiaan.

Puan Fateha Salleh
Social Media manager

Bertanggungjawab sebagai Pengurus Sosial Media (Media Social Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia.Pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dalam bidang Komunikasi Pemujukan (Persuasive Communication)

Berpengalaman di dalam bidang Penyelidikan Pemasaran (Market Research) di Kuala Lumpur sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan (Business Development) dan banyak melibatkan diri bekerja bersama jabatan kerajaan dalam urusan usahasama syarikat.

IMG_2618.jpg
PUan Nur Hazirah Bt 
Shaiful Bahri
admin manager

Bertanggungjawab sebagai Pengurus Pentadbiran (Admin Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Mempunyai lesen Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan (K.B.P.A) Malaysia. Sering menceburi aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan sewaktu di universiti.

Salah satu program sukarelawannya merupakan di bawah program Yayasan Dakwah Islam Malaysia iaitu Program Sukarelawan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Ja'far, Seremban

IMG_2613.jpg
En Mohd Yamin Bin Ismail

GENERAL MANAGER

Sebagai seorang Pengurus Operasi (Operational Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia, berpengalaman yang luas sebagai seorang Pengurus di Hezom Malaysia dan juga menjadi Penasihat di Al-Amanah Services sehingga kini.

Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang kemanusiaan selain banyak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan bersama-sama NGO lain di dalam dan juga diluar negara.

 Berpengetahuan luas di dalam bidang kemanusiaan dan perniagaan.

Event Management Team

Social Media Team

Puan Nazirah Bt Ag Tamin
Event Manager

Bertanggungjawab sebagai Pengurus Acara (Event Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pemegang lesen TBE (Takaful) dan berpengalaman sebagai Eksekutif Pemasaran di Bank Rakyat dalam bidang perbankan dan juga aktif sebagai penasihat kewangan di Great Eastern.

Kini bergerak aktif didalam bidang NGO terutamanya bidang pembangunan kewangan dan acara.

Mohamad Suffi Bin
Mohamad Shukor
event assistant manager

Diberi mandat sebagai Penolong Pengurus Acara (Event Manager) di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana. Sepanjang dalam kerjayanya sebagai anak seni atau lebih tepat kelahiran UiTM, beliau acap kali mengendalikan acara berprestij tinggi sepanjang tempoh 3 tahun dalam mengendalikan acara iaitu salah satunya Program bersama Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri sekarang di Putra World Trade Centre, (PWTC) Kuala Lumpur. Kini beliau ingin mencari sesuatu kelainan dalam dirinya agar dapat memberi manfaat untuk masyarakat dunia.

Kamarul Azree Bin Zulkifli
graphic designer

Seorang yang bertanggungjawab dalam merekabentuk grafik dan menyunting video bagi kegunaan di setiap pelantar media sosial Global Ehsan Relief Malaysia. Merupakan graduan Diploma
Rekabentuk Industri di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor.

Mempunyai kreativiti dan minat yang
mendalam dalam bidang rekabentuk sejak kecil. Sebagai graduan dalam Rekabentuk Industri dan kelahiran PIS, pengetahuan beliau
tidak terhad hanya dalam merekabentuk grafik dan video malah juga berpengalaman dalam membuat 3D serta lukisan kejuruteraan.

 

Kini beliau lebih bersedia untuk memberi khidmat berdasarkan ilmu yang telah dipelajari dan menambah pengalaman sementara
menolong masyarakat dunia.

Alief Idzman bin abd rahim
 Video editor & Photografer 
(Part-Timer)

Diberi mandat sebagai pereka grafik dan "Video Editor" di Global Ehsan Relief Malaysia yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Kepujian Pengkomputeran
Multimedia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.


Sepanjang dalam kerjayanya dalam bidang multimedia, beliau telah banyak menghasilkan grafik dan video dan salah satu hasil karya yang telah dibuat adalah untuk PETRONAS KLCC. Kini beliau ingin mencari kelainan dalam penyampaian grafik dan juga video supaya masyarakat dunia dapat melihat kehidupan masyarakat dalam lensa
kamera dan juga video.