top of page
434347744_753812110229449_3410479086782575321_n.jpg
434646619_753946763549317_4054039108433922652_n.jpg

AIR BERSIH UNTUK GAZA
 

Saudara kita di Gaza terpaksa minum air tercemar sebagai ikhtiar kelangsungan hidup mereka. Mari kita bantu kurangkan kesengsaraan yang mereka hadapi dengan menyalurkan air bersih buat Gaza.

Bantuan Air Bersih Untuk Gaza

Krisis air di Gaza kian meruncing. Menurut UNICEF, sekurang-kurangnya separuh daripada kemudahan air dan sanitasi di Gaza telah musnah, manakala kira-kira 70 peratus penduduk Gaza terpaksa minum air tercemar. Hal ini mengakibatkan mereka mengalami gangguan usus, masalah kulit dan virus yang merebak secara meluas. 

 

Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bekalan air tidak dapat menampung keperluan penduduk dan natijahnya penyakit bawaan air tersebar dan gangguan dalam sistem sanitasi.

8000L air bersih akan diberikan kepada penduduk Gaza setiap hari yang akan memberi manfaat kepada lebih 300 orang penduduk.

Jika tiada bekalan air bersih, maka tiadalah harapan buat mereka. Usah kita abaikan seruan pertolongan mereka dan bersama kita berganding bahu dalam menyalurkan Bantuan Air Bersih Untuk Gaza. Sesungguhnya setitis air bersih membawa sejuta harapan.

SEGERAKAN BANTUAN ANDA!

bottom of page