top of page

PROJEK PENDIDIKAN

Pendidikan adalah kunci untuk masa depan yang cerah

5 SEKOLAH TELAH DIBINA

328 SET PAKAIAN SERAGAM TELAH DIAGIHKAN

3,174 KIT KELENGKAPAN SEKOLAH TELAH DIEDARKAN 

Pendidikan adalah kunci utama untuk keluar dari kitaran kemiskinan dan membina masa depan yang lebih baik.  

Namun, ramai kanak-kanak termasuk pelajar pelarian dan anak yatim terhalang daripada menikmati peluang ini akibat konflik dan kekurangan kemudahan asas. Kami komited untuk mengurus, membaik pulih serta menyelenggara prasarana pendidikan, di samping menyediakan sokongan pembelajaran agar mereka tidak tercicir daripada hak mendapatkan pendidikan.

240509113_1939068396245295_3495339188242612266_n.jpg
259962558_2009182422567225_8245450836652139080_n.jpg
123A2351.jpg

Pengurusan Maahad Ibnu Sina

Pengurusan dan penyelenggaraan Ma'had Ibnu Sina dilaksana bagi memastikan pembelajaran kekal selesa dan berkualiti.

Dana Pendidikan Ehsan

Inisiatif bantuan kewangan untuk pendidikan anak-anak pelarian dan anak yatim.

Bantuan Kelengkapan Sekolah

Salurkan sumbangan untuk barangan keperluan sekolah seperti beg, alat tulis, pakaian, kasut dan stokin.

Ibnu Sina

MAAHAD IBNU SINA

Global Ehsan Relief kini mengurus Maahad Ibnu Sina di Kuala Batee, Aceh yang menempatkan 157 pelajar berusia 7 hingga 16 tahun.

Dengan hasrat meneruskan amanah pengasas untuk melahirkan ulama muda berakhlak dan berdaya saing, kami memerlukan sokongan anda bagi menampung kos tenaga pengajar serta bahan pelajaran.

Infrastruktur Ibnu Sina

  • Pengubahsuaian-Bilik Darjah

  • Pengubahsuaian-Asrama Anak Yatim

  • Pembinaan Semula-Masjid Untuk Ibnu Sina

Dana Pendidikan Ehsan

Ma'had Ibnu Sina

Global Ehsan Relief kini mengurus Ma’had Ibnu Sina di Kuala Batee, Aceh yang menempatkan 157 pelajar berusia 7 hingga 16 tahun.

Dengan hasrat meneruskan amanah pengasas untuk melahirkan ulama muda berakhlak dan berdaya saing, kami memerlukan sokongan anda bagi menampung kos tenaga pengajar serta bahan pelajaran.

DANA PENDIDIKAN EHSAN

Satu usaha murni bagi memastikan anak-anak pelarian dan anak yatim tidak tercicir dalam pendidikan.

 

Sumbangan yang disalurkan akan digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan penting seperti pengubahsuaian dan penyelenggaraan kemudahan sekolah, penyediaan makanan harian, pembayaran gaji tenaga pengajar, serta keperluan asas pembelajaran.

Memerlukan Sokongan Anda

 

  • Pengubahsuaian-Kemudahan Sekolah

  • Menampung Kos - Makanan

  • Membiayai-Gaji Guru

Bantuan Kelengkapan Sekolah

BANTUAN KELENGKAPAN SEKOLAH

​​

Ramai anak yatim dan pelarian masih tercicir daripada pendidikan akibat kemiskinan, kekurangan kemudahan asas dan keperluan sekolah yang tidak mencukupi.

 

Tanpa pakaian seragam, alat tulis, beg dan kasut, ramai yang terpaksa berhenti atau tidak hadir ke sekolah walaupun mempunyai semangat untuk belajar. Menyalurkan bantuan kelengkapan sekolah meringankan beban dan membuka peluang untuk mereka terus belajar.

Rekod

 

  • Alat Tulis Diedarkan - 3,174

  • Pakaian Seragam Diedarkan - 328

  • Beg Sekolah Diedarkan - 1,435

PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 019 - 944 4882 | +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page