top of page
Asset 1.png

EHSAN LOKAL

Jadilah asbab keluarga di Malaysia keluar dari kancah kemiskinan. Sehingga tahun 2024, Projek Ehsan Lokal telah membantu:

Ehsan Ibu Tunggal: 1,075

Ehsan Anak Yatim: 717

Dana Ehsan: 790

Ehsan Pendidikan: 461

Ehsan Warga Emas: 944

Ehsan Baby Care: 464

Ehsan Insan Istimewa: 825

EHSAN LOKAL: Inisiatif Membantu Rakyat Malaysia yang Memerlukan

 

Lebih 480,000 isi rumah di Malaysia masih hidup dalam kemiskinan, dan ramai yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

Projek Ehsan Lokal diwujudkan bagi menyantuni mereka yang memerlukan melalui bantuan makanan, pendidikan serta sokongan asas demi kelangsungan hidup.

Antara golongan yang dibantu termasuklah bayi daripada keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, murid sekolah yang kurang berkemampuan serta individu yang terkesan akibat kemiskinan.

123A4587_edited.jpg

Projek ini dilaksanakan bagi mengurangkan beban kewangan keluarga yang mempunyai anak kecil, terutamanya bayi, dengan menyediakan keperluan asas seperti susu dan lampin.

DSC00778.jpg

Bertujuan meringankan beban keluarga yang menjaga anak-anak yatim dengan menyediakan sokongan keperluan asas dan kebajikan harian.

483582505_980496137561044_2473693164460451385_n.jpg

Inisiatif untuk membantu ibu tunggal memenuhi keperluan harian anak-anak melalui bantuan yang disalurkan.

GER00948.jpg

Dijalankan khas untuk membantu warga emas yang tiada pendapatan tetap dengan menyediakan barangan dapur dan keperluan khas yang lain.

GER00171.jpg

Bantuan khusus untuk insan istimewa dalam bentuk barangan dapur dan keperluan khas yang mereka perlukan.

123A2421.jpg

Menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

GER02396.jpg

Dilaksanakan bagi membekalkan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan harian kepada golongan asnaf yang memerlukan.

3F6A0790.jpg

Kindness Day merupakan projek unik yang bertujuan memupuk semangat berkongsi kebaikan dengan mengedarkan minuman atau makanan ringan secara percuma kepada komuniti setempat

482030495_982097060734285_4791309194197607053_n.jpg

Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas.

Ehsan Baby Care

Ehsan Baby Care
 

Membesarkan bayi memerlukan kos yang tinggi, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan keperluan. Hal ini membebankan keluarga kurang berkemampuan. 

 

Justeru, inisiatif ini diwujudkan bagi menyalurkan bantuan seperti lampin pakai buang dan susu formula kepada keluarga yang memerlukan.

 

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Susu formula

• Lampin pakai buang

• Wang saku untuk keperluan harian

RM250 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Baby Care

Ehsan Anak Yatim

Ehsan Anak Yatim

Lebih 300,000 anak yatim di Malaysia memerlukan sokongan berterusan, terutamanya dalam aspek kewangan dan pendidikan. 

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban penjaga serta memastikan kebajikan anak-anak ini terus terpelihara.

 

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

Pek bantuan makanan (barangan dapur)

Wang saku untuk keperluan harian

RM175 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Anak Yatim

Ehsan Ibu Tunggal

Ehsan Ibu Tunggal
 

Dianggarkan lebih 150,000 ibu tunggal berdaftar di Malaysia, dan jumlah sebenar dijangka jauh lebih tinggi. Ramai dalam kalangan mereka terpaksa menanggung beban menyara keluarga seorang diri.

 

Usaha ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban ibu tunggal dengan menyediakan keperluan asas seperti barangan dapur serta bantuan kewangan.

 

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Pek bantuan makanan (barangan dapur)

• Wang saku untuk keperluan harian

RM175 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Ibu Tunggal

Ehsan Warga Emas

Ehsan Warga Emas
 

Lebih 15% penduduk Malaysia dijangka berusia 60 tahun ke atas, dengan ramai daripada mereka hidup bersendirian atau tanpa sokongan kewangan tetap. Sebahagian besar menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan.


Bantuan yang diberikan mampu mengurangkan kadar pengabaian dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

 

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Pek bantuan makanan (barangan dapur)

• Lampin pakai buang dewasa

• Wang saku untuk keperluan harian

RM225 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Warga Emas

Ehsan Insan Istimewa

Ehsan Insan Istimewa
 

Di Malaysia, lebih 600,000 individu berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), dan ramai antara mereka memerlukan sokongan berterusan untuk menjalani kehidupan seharian.

 

Projek ini dilaksanakan bagi membantu golongan insan istimewa yang kurang berkemampuan, melalui sumbangan barangan dapur dan keperluan khas.

 

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Pek bantuan makanan (barangan dapur)

• Lampin pakai buang dewasa

• Wang saku untuk keperluan harian

RM225 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Insan Istimewa

Ehsan Pendidikan

Dianggarkan lebih 3 juta isi rumah tergolong dalam kumpulan B40 di Malaysia, dan ramai dalam kalangan mereka tidak mampu menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Ehsan Pendidikan menyasarkan murid kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan persekolahan asas seperti beg, alat tulis, pakaian seragam dan kasut sekolah.

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Pakaian seragam

• Beg Sekolah

• Kasut dan stokin sekolah

• Alat tulis

RM190 - Harga pakej penuh untuk tajaan Ehsan Pendidikan

Ehsan Pendidikan
Dana Ehsan

Dana Ehsan

Walaupun negara terus mencapai kemajuan, masih ramai dalam kalangan asnaf yang terpaksa menjalani kehidupan serba kekurangan, sehingga ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.

 

Matlamat projek ini adalah untuk meringankan tekanan kewangan golongan asnaf dan memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Sumbangan anda akan membantu menyediakan:

• Pek bantuan makanan (barangan dapur)

• Wang saku untuk keperluan harian

RM175 - Harga pakej penuh untuk tajaan Dana Ehsan

 

Kindness Day

Kindness Day merupakan sebuah inisiatif unik yang bertujuan memupuk semangat berkongsi kebaikan dengan mengedarkan minuman atau makanan ringan secara percuma kepada komuniti setempat. Program ini dijalankan di:

 

  • Masjid

  • Surau

  • Taman

  • Kawasan tumpuan awam

Sesiapa sahaja boleh menerima manfaatnya, tanpa mengira latar belakang.

Tajaan serendah RM5 sahaja.

Kindness Day
Share A Meal

Share A Meal

Share A Meal ialah projek istimewa yang menyantuni komuniti kurang berkemampuan melalui pemberian hidangan panas secara percuma. Program ini menyasarkan kawasan-kawasan tumpuan golongan asnaf seperti:

  • Flat PPR

  • Kampung setinggan

  • Kawasan luar bandar

 

Tajaan serendah RM10 untuk satu hidangan.

 

PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 019 - 944 4882 | +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page