top of page
Asset 1.png

Global Ehsan Relief (GER) ialah organisasi kemanusiaan berasaskan prinsip Islam yang beroperasi di lebih 40 negara untuk menangani kemiskinan dan menyediakan bantuan kecemasan serta pembangunan mampan. Sejak ditubuhkan pada 2015, GER telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pemasangan pam air, pembinaan masjid, pengagihan makanan, dan penyediaan makanan siap dimasak. Dengan pejabat di negara seperti Pakistan, Kemboja, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan United Kingdom, GER memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dana serta bekerjasama dengan rakan pertubuhan tempatan untuk meningkatkan impak bantuan.


Global Ehsan Relief Malaysia (Yayasan Global Ehsan Malaysia, no.pendaftaran: 1460635-V) selaku cawangan negara, aktif dalam usaha kemanusiaan seperti penyediaan bantuan makanan, air bersih, dan sokongan pendidikan kepada komuniti yang rentan. Misi kemanusiaan kami merentasi sempadan agama dan bangsa, bertujuan memperkasakan masyarakat untuk masa depan yang lebih baik. Sempena ulang tahun ke-10, GER terus komited dalam usaha memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

WAWASAN

Wawasan kami adalah untuk membasmi kemiskinan tegar, menyediakan pendidikan terbaik untuk semua golongan, dan memperuntukkan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, kami berusaha mendidik masyarakat agar bersedekah serta memupuk sifat empati dalam diri supaya keadilan dapat dicapai. Dengan demikian, pembangunan ummah dapat dirancang dengan lebih baik.

DEDIKASI

Kami berdedikasi untuk menangani masalah kemiskinan dunia. Global Ehsan Relief berhasrat membasmi ketidaksetaraan dalam pembangunan di sekeliling kita, dengan matlamat utama mencapai keadilan dan keselamatan dunia sejagat dalam jangka panjang.


Matlamat kami adalah menyantuni masyarakat melalui pelaksanaan projek dan pengagihan dana yang telus, cekap, berkesan, dan bertanggungjawab.

PANDUAN KAMI

Nilai-nilai murni yang menjadi intipati bersumber Al-Quran dan As-Sunnah menjadi panduan bagi Global Ehsan Relief dalam menjalankan misi kemanusiaan. Seperti yang telah diajarkan, sesiapa yang berkemampuan, bertanggungjawab membantu golongan yang memerlukan.


GER berperanan membantu golongan miskin dalam mendapatkan keperluan asas, pendidikan, akses kepada air bersih dan kemudahan sanitasi, serta penjagaan kesihatan. Selain itu, misi kami juga berusaha membimbing mereka keluar dari kancah kemiskinan melalui projek kehidupan yang mapan dan lebih stabil.

AMANAH

Global Ehsan Relief mempunyai pemegang amanah dan kakitangan sepenuh masa yang terlatih dan kompeten, serta bertanggungjawab dalan setiap tugas dan misi yang diberi, selain itu berpegang teguh pada semangat yang diperlukan dalam bantuan misi kemanusiaan.


Bagi tujuan itu, pasukan kami selalu melaksanakan proses penilaian, pemantauan dan di lapangan serta pejabat cawangan bagi memastikan kualiti kerja dan perkembangan projek berada di tahap yang terbaik.

KETELUSAN

Global Ehsan Relief beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh jumhur ulama bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan selaras dengan hukum syarak. Adalah penting bagi setiap pekerja memahami bahawa mereka bertanggungjawab terhadap setiap tugas kerana Allah S.W.T. Pertubuhan kami berusaha untuk mengekalkan ketelusan dalam setiap amanah yang diberikan.
Setiap sumber, dana, dan derma yang diterima akan dikawal selia oleh para ulama bagi memastikan pengagihan dana tersebut sejajar dengan ketetapan Islam, termasuk untuk tujuan sedekah, zakat, dan lain-lain seperti yang termaktub dalam ajaran Islam.


Pertubuhan kami juga menjalankan amalan urus tadbir yang baik (governance) melalui audit menyeluruh, merangkumi keseluruhan proses, bermula dari aspek penderma hingga ke penerima manfaat.


Sebagai tanda penerimaan, Global Ehsan Relief akan mengeluarkan resit rasmi kepada setiap penyumbang. Kami juga ingin mengingatkan penderma agar meminta sijil pengesahan sekiranya mereka menyerahkan sumbangan kepada mana-mana wakil, kakitangan, atau sukarelawan Global Ehsan Relief.


Selain itu, kami sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat lanjut serta kemas kini kepada para penderma mengenai bagaimana dana mereka disalurkan bagi memastikan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap pertubuhan ini sentiasa terpelihara.


Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang-orang beriman, dalam kasih sayang, belas ihsan, dan
hubungan erat mereka, ibarat satu tubuh; apabila salah satu anggota mengadu kesakitan, seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan demam
." – HR Muslim

Peringatan: Global Ehsan Relief tidak menjalankan kutipan derma dari rumah ke rumah. Para penderma boleh segera melaporkan kepada kami sekiranya berlaku aktiviti dan kejadian tersebut.

PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page