top of page

PROJEK WAKAF MASJID

Wakafkan masjid dan ruang solat demi keselesaan saudara seagama kita menunaikan ibadah.

57MASJID DIBINA DI ASIA

24MASJID DIBINA DI AFRIKA

5MASJID DIBINA DI TIMUR TENGAH

Masjid: Nadi Umat Islam

 

​"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah di syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ramai pelarian di Syria terpaksa solat di ruang yang daif dan tidak sempurna akibat konflik dan kemiskinan. Mereka kekurangan masjid yang selesa untuk beribadah dan membangunkan komuniti.

Masjid bukan hanya tempat solat, tetapi pusat ilmu, kebajikan dan perpaduan ummah. Dengan sumbangan anda, kita dapat membina dan memulihkan masjid untuk saudara seagama kita di sana.

8V5A6226.jpg

Wakaf Masjid Syria

Bantu kami dirikan masjid sebagai tempat ibadah dan perlindungan buat pelarian yang kehilangan segalanya.

486673141_1058043319692384_5413588779862495635_n.jpg

Usaha menaik taraf masjid meliputi pembaikan tempat wuduk, tandas, ruang solat dan struktur bangunan yang usang.

486529207_1058771766286206_1951208584566912101_n.jpg

Sediakan ruang solat yang selesa buat saudara kita di Syria yang terpaksa beribadah dalam serba kekurangan.

Masjid Syria

Wakaf Masjid Syria
 

Ribuan pelarian Syria masih tiada tempat ibadah yang sempurna. Mereka solat di kawasan terbuka, tanpa tempat wuduk, tandas atau ruang solat yang bersih.

 

Atas keperluan mendesak ini, kami melancarkan projek pembinaan masjid khusus untuk komuniti pelarian di Syria. Masjid ini akan dilengkapi dengan ruang solat yang selesa, kemudahan tempat wuduk, tandas, serta ruang untuk kelas pengajian dan aktiviti kemasyarakatan.

 

Sasaran kutipan adalah sebanyak RM100,000 bagi menampung kos pembinaan sepenuhnya.

Baik Pulih Masjid

Baik Pulih Masjid
 

Di banyak negara yang memerlukan, masjid-masjid berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi mampu menampung keperluan jemaah dengan selesa dan selamat. Sebahagiannya tiada ruang solat yang diasingkan untuk jemaah lelaki dan wanita, sekali gus menjejaskan keselesaan serta tertib dalam beribadah. 

 

Usaha baik pulih ini melibatkan pembaikan menyeluruh termasuk tempat wuduk, tandas, ruang solat serta struktur bangunan yang telah usang.

Wakaf Ruang Solat

Wakaf Ruang Solat
 

Tidak semua mampu mewakafkan sebuah masjid sepenuhnya, namun setiap orang boleh merebut peluang pahala yang sama.

 

Dengan menyumbang kepada wakaf ruang solat, anda membantu membina tempat ibadah yang lebih selesa untuk saudara kita  dan pahala dari wakaf ini akan terus mengalir selama ia dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 019 - 944 4882 | +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page