BANTUAN KECEMASAN MAGHRIBI
Lebih daripada 2,000 orang telah maut akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda bandar bersejarah Marrakesh, Maghribi. Dengan beribu-ribu orang yang cedera, ramai daripada mereka yang terjejas dipercayai berada di kampung terpencil yang terletak di dalam pergunungan High Atlas - pusat pusat gempa bumi.
Mereka yang terselamat dari gempa bumi memerlukan rawatan perubatan, namun ia adalah satu cabaran besar apabila sistem kesihatan tempatan terjejas akibat bencana. Jalan-jalan yang terkesan telah menjadi penghalang kepada bantuan perubatan yang diperlukan dengan segera dan terdapat halangan besar untuk menyelamat dan operasi bantuan.
Sekarang adalah masa yang paling sukar untuk sampaikan dan menyediakan bantuan kecemasan kepada mereka. Telah menjadi keutamaan oleh Global Ehsan Relief untuk menyediakan bekalan penting bagi mereka yang terkesan dengan gempa bumi ini.
Dan kami memerlukan bantuan anda untuk melakukannya.
Global Ehsan Relief sedang dalam perjalanan ke Marrakesh untuk membekalkan bantuan makanan segera, tempat perlindungan sementara dan bekalan perubatan kepada mereka. Bersama rakan kongsi kami di sana dan sokongan anda, kami akan membekalkan bantuan kecemasan kepada mereka yang sangat memerlukannya. Bersama-sama, kita dapat memastikan wanita, kanak-kanak dan keluarga mendapat bantuan yang mereka perlukan dalam waktu sekarang ini.
"Malam itu, semua orang menjerit. Kami mendengar jeritan sehingga kami tidak mendengar apa-apa."
Zahra Id al-Houcine, mangsa gempa bumi