
EHSAN RAMADAN DALAM NEGARA 2026
Persiapan menuju Ramadan adalah masa untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Realiti Ramadan di Malaysia
-
Kenaikan harga barangan dapur membebankan keluarga asnaf.
-
Ramai keluarga B40 bergelut menyediakan sahur & iftar.
-
Anak-anak yatim tidak dapat menikmati juadah iftar yang lengkap.
-
Ramai menunggu sumbangan daripada NGO untuk menampung keperluan harian.
Justeru setiap tahun Global Ehsan Relief Malaysia melaksanakan program Ehsan Ramadan Dalam Negara yang khusus menyasarkan anak yatim dan keluarga asnaf di Malaysia.
PENGAGIHAN PEK BANTUAN MAKANAN
Bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan barangan dapur lain diagihkan bagi membolehkan keluarga yang kurang berkemampuan dapat menyediakan iftar dan sahur sepanjang Ramadan.

TAJAAN IFTAR MINGGUAN
Menyediakan juadah berbuka puasa setiap minggu khusus untuk anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru, untuk memastikan mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

IFTAR KOMUNITI BERSAMA ANAK YATIM
Iftar Perdana Bersama Anak Yatim adalah inisiatif untuk menyantuni anak-anak yatim dengan menjamu hidangan iftar secara beramai-ramai di masjid. Program ini turut diserikan dengan tazkirah dan solat berjemaah.


IFTAR DAN SAHUR 10 MALAM TERAKHIR
Rebut pahala berganda pada 10 Malam Terakhir Ramadan dengan menaja hidangan Iftar dan sahur buat mereka yang memerlukan, khusus anak yatim, asnaf dan anak-anak madrasah.



KINDNESS DAY EDISI RAMADAN
Kindness Day edisi Ramadan meraikan semangat berkongsi dengan mengagihkan manisan atau makanan ringan secara percuma kepada penduduk setempat.

HADIAH HARI RAYA
Berikan keceriaan kepada anak-anak yatim dan asnaf melalui sumbangan anda yang akan digunakan untuk menyediakan baju raya dan duit raya.


BANTUAN ZAKAT
Setiap bayaran zakat yang diterima akan digunakan untuk membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.

Sinari Ramadan mereka dengan sumbangan serendah RM10.
Bahagianya Memberi.
