top of page

EHSAN RAMADHAN DI PALESTIN
 

Ramadhan 2024 sudah tiba menemui kita, pelbagai kelengkapan kita persiapkan untuk menyambutnya, tetapi adakah kita terfikir nasib saudara kita yang di Gaza yang bergelut dengan kebuluran serta serbi kekurangan? Jom bersama kami dalam menyantuni mereka dalam bulan Ramadhan ini.

341993894_1680027199116700_2232019299068885143_n.jpg

Tirai Bulan Ramadhan akan dibuka tidak lama lagi. Sebagai Umat Islam, kita wajar merebut peluang untuk melipatgandakan amalan. 

"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Mari bersedekah melalui projek-projek yang dijalankan oleh Global Ehsan Relief untuk menyantuni saudara seislam kita di luar negara.

180726153_1852264148259054_229130941942536667_n.jpg

TAJAAN JUADAH IFTAR

Rebutlah keberkatan bulan Ramadhan dengan menaja makanan panas sebagai juadah iftar buat mereka yang memerlukan.

  1. Menyediakan hidangan iftar harian untuk individu dan keluarga.

  2. Menaja hidangan iftar di Al-Aqsa, Jerusalem, untuk menghidupkan suasana berbuka puasa di sana.

  3. Menyediakan tajaan iftar dan sahur untuk anak-anak yatim pada 10 Malam Terakhir untuk mendapatkan pahala yang berganda.

BANTUAN PEK MAKANAN RAMADHAN

Bantu sediakan keperluan asas makanan untuk mengalas perut golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, anak yatim dan keluarga yang tidak berkemampuan.

 

Pek Bantuan Makanan kami adalah talian hayat bagi mereka yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Setiap Pek Bantuan Makanan Ramadhan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada 5 hingga 7 keluarga sepanjang bulan Ramadhan.

 

Pek Bantuan Makanan ini terdiri daripada bahan keperluan asas termasuk makanan ruji seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, susu dalam tin dan makanan dalam tin kepada keluarga yang memerlukan.

279760585_3209912395995782_6611005676147480710_n.jpg
HADIAH HARI RAYA

sedang kita bergembira membeli pakaian hari raya dan persiapan yang lain, para penjaga anak-anak yatim pula sedang bertungkus lumus untuk memastikan anak-anak ini dapat menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain.

 

Warnai Hari Raya dengan menaja Hadiah Hari Raya kepada 3000 anak-anak yatim seluruh dunia. Hadiah Hari Raya yang bakal diberikan adalah Set Pakaian Hari Raya dan juga Duit Raya.

 

Sifat murah hati anda dapat menceriakan musim perayaan anak-anak yatim ini.

178065415_1845256618959807_713796918096291031_n.jpg

WAKAF QURAN , QURAN BRAILLE

& MA'HAD IBNU SINA

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila mati seseorang manusia, maka terputus semua amalannya (dan hartanya) kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (iaitu wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya." (Riwayat Muslim)

 

Wakaf Quran

Banyak manfaat diperoleh hanya dengan mewakafkan Al-Quran, tidak kira bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Namun realitinya, ramai saudara seislam kita khususnya anak-anak yatim dan golongan asnaf tidak mampu untuk membeli senaskah Al-Quran. Oleh itu, sertai usaha murni ini bagi menyemarakkan ajaran Islam serta berkongsi manfaat sesama saudara kita yang kurang berkemampuan.
 

Wakaf Quran Braille

Al-Quran Braille dapat memenuhi keperluan golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Bagi membantu mereka membaca Quran dengan lebih mudah, Global Ehsan Relief menjalankan projek Wakaf Quran Braille untuk mereka. Sebanyak 100 naskah Al-Quran Braille telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan kami ingin meneruskan lagi usaha murni ini dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat Allah SWT.

Wakaf Ma’had Ibnu Sina 

Penubuhan institusi pendidikan agama seperti Ma’had Ibnu Sina di Aceh, Indonesia  dapat menyediakan satu garis panduan yang merangkumi asas-asas agama Islam dan Sains bagi melahirkan anak-anak yang berilmu dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.

334214250_5724816680981403_7594134759313412466_n.jpg
WAKAF MASJID DARUL EHSAN

Berwakaf Dalam Bulan Ramadhan

 

Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda untuk setiap ibadah yang dikerjakan dalam bulan yang penuh rahmat ini, termasuk wakaf.

Wakaf Masjid

 

Masjid memainkan peranan yang besar dalam Islam khususnya berkaitan dengan aspek pendidikan dan pembangunan masyarakat. Justeru, kami dalam usaha pembinaan masjid ketiga di Syria iaitu Masjid Darul Ehsan yang bakal memuatkan seramai 500 orang jemaah. Masjid ini akan bertindak sebagai pusat ibadah, tempat musyawarah dan juga institusi pendidikan buat mereka.

363322233_657530726410314_1161094225992867203_n.jpg

WAKAF TELAGA

Ketiadaan bekalan air bersih membataskan aktiviti harian seperti memasak, membersihkan diri dan mengambil wuduk bagi mereka yang tinggal di negara yang daif seperti Kemboja, Sri Lanka dan Pakistan.

 

Bagi mengatasi isu ini, kami menggerakkan inisiatif Wakaf Telaga Air Hibrid yang merupakan gabungan pam manual dan pam motor elektrik yang memudahkan masyarakat apabila menadah bekalan air bersih.

JOM DERMA!

Ehsan Ramadhan Luar Negara
bottom of page