top of page
ezgif.com-gif-maker.jpg

FAQ Bantuan Kecemasan Gaza
 

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, “Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya, “Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang memberi makan.” Riwayat at-Tirmizi

_MG_0854.JPG

  FAQ RAMADHAN

(1)  Bagaimana proses pengagihan bantuan dijalankan di Gaza?

  • Terdapat dua kaedah pengagihan:

    a. Melalui Mesir : Kami akan pergi ke Mesir dan membungkuskan barang bantuan, kemudian memuatkannya ke dalam trak. Trak tersebut akan melalui perbatasan Rafah untuk mencapai destinasi pengagihan.

    b. Rakan kerjasama di Gaza : Kami mempunyai rakan kerjasama di Gaza yang menyediakan dan mengagihkan barangan bantuan. Kami mempunyai dapur bergerak di sana. Rakan kerjasama kami akan menyediakan makanan panas di tempat tersebut dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan.
     

(2)  Apakah jenis bantuan yang paling diperlukan oleh penduduk Gaza pada masa ini?

  • Bantuan makanan panas dan air bersih adalah yang paling diperlukan oleh penduduk Gaza kerana mereka menghadapi kekurangan makanan untuk berbuka.

(3)  Adakah terdapat sebarang halangan logistik yang dihadapi dalam penghantaran bantuan ke Gaza?

  • Walaupun sempadan masih terbuka, perjalanan menuju ke dalam Gaza mengambil masa yang lama kerana proses pemeriksaan yang teliti di perbatasan Rafah serta keperluan untuk memeriksa banyak trak bantuan lain sebelum memasuki Gaza.
     

(4)  Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bantuan yang diterima di Gaza mencukupi untuk memenuhi keperluan asas

penduduk di sana?

  • Kami berkomunikasi dengan rakan kerjasama di sana. Pada musim sejuk sebelum ini, pemberian pakaian musim sejuk dan selimut adalah keperluan utama. Semasa bulan Ramadhan, makanan, air bersih serta penyediaan kit kebersihan juga menjadi keutamaan.
     

(5)  Bagaimana kami boleh memastikan bantuan kami benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan di Gaza tanpa sebarangpenyalahgunaan?

  • Sila ikuti akaun media sosial kami kerana kami sentiasa memuat naik gambar dan video mengenai pengagihan bantuan ke Gaza.

bottom of page