top of page
ezgif.com-gif-maker.jpg

Rekod Bantuan Kecemasan Gaza

Berikut adalah Rekod Pengagihan Bantuan Kecemasan di Gaza dari Fasa 1 hingga Fasa yang Terkini.

WhatsApp Image 2024-03-26 at 09.31.50_f7a1b8e8.jpg

BANTUAN YANG DIBERIKAN

1. BANTUAN PEK MAKANAN

Membekalkan keperluan asas seperti 2 kampit beras, 2 paket pasta, 6 tin sayur-sayuran, 1 tin buah, 4 tin daging dan ikan, 1 botol minyak masak, 1 paket kacang, 1 beg tepung, 2 paket gula pasir, 2 paket garam, 6 unit susu atau susu tepung, 2 paket  teh dan kopi dan bahan-bahan untuk membuat 4 buku roti.​​

2. MAKANAN PANAS

Mengagihkan makanan panas kepada lebih dari 20,000 penerima.​

3. AIR BERSIH

Membekalkan 867,500 liter air bersih untuk keluarga yang tinggal di pusat perlindungan sementara dan sekolah.​​

4. BAHAN API UNTUK HOSPITAL

Menyalurkan bekalan bahan api untuk Hospital Al-Shifa bagi memastikan segala prosedur perubatan dapat dijalankan demi menyelamatkan nyawa saudara kita di Gaza.​​

FASA BANTUAN

FASA 1

Sebanyak 200 pek makanan serta 1,000 makanan panas telah diagihkan buat penduduk Gaza.​​

FASA 2

250 pek makanan, 2,000 makanan panas, roti untuk 200 keluarga serta 200 kit kebersihan. Bantuan bekalan bahan api turut  disalurkan untuk menghidupkan penjana hospital agar segala prosedur perubatan dapat dijalankan secara efisien.

FASA 3

Terdiri daripada 1,000 pek makanan, 2,500 air mineral dan 500 pek makanan bayi telah berjaya dihantar kepada pasukan Bulan Sabit Merah melalui perbatasan Rafah ke dalam Gaza.