top of page
ezgif.com-gif-maker.jpg
WhatsApp Image 2023-09-22 at 14.47.56.jpg

Rekod Bantuan Kecemasan Yaman

Berikut adalah Rekod Pengagihan Bantuan Kecemasan di Yaman.

BANTUAN YANG DIBERIKAN

Masakan Panas, Bantuan Pek Makanan, Roti, Barangan Keperluan Bayi, Gas Memasak, Pemanas, Kit Kebersihan, Hidangan Iftar, Jaket dan Kasut, Kit Perlindungan, Pakaian Musim Sejuk, Kit Musim Sejuk, Bantuan Air Bersih dan Keperluan lain seperti Khemah, Pakaian dan Barangan Dapur.​​

Rekod Bantuan yang Telah Disalurkan kepada Yaman sejak 2019:

15,000

Masakan panas diagihkan kepada 15,000 penerima.

8,353

Barangan keperluan bayi seperti susu formula dan makanan kanak-kanak untuk 1,900 penerima.

1,000

Kit kebersihan dibekalkan kepada 3,000 penerima.​

50

Pemanas disediakan untuk menghangatkan 50 penduduk Yaman.​

500

Hidangan iftar telah disajikan kepada 500 penduduk Yaman.

2,757

Pek bantuan makanan telah diberikan untuk meringankan beban seramai 13,785 penerima.​

400

Buku roti telah disalurkan untuk mengalas perut 1,200 penerima.

200

Selimut telah diberikan kepada 700 orang penerima.​​

500

Jaket dan kasut telah diberikan untuk 500 penerima yang memerlukan.​​

20

Keperluan lain-lain seperti khemah, pakaian dan barangan dapur turut diberikan untuk 20 penerima.​​

7, 968, 800 â„“

Bantuan air bersih telah disalurkan untuk menampung keperluan seramai 26,300 penduduk Yaman.

1

Kilang roti telah dibina untuk menghasilkan roti buat 7,000 penduduk Yaman.

200

Gas memasak disalurkan untuk 200 keluarga yang memerlukan.

150

Kit perlindungan turut diberikan kepada 350 penduduk Yaman.​

1,100

Pakaian dan Kit musim sejuk telah diagihkan kepada 1,100 penerima.

FASA BANTUAN

FASA 1 - 2020

Bantuan meliputi 200 unit roti, 1,500 hidangan makanan dimasak dan makanan sekolah, 1,150 pek bantuan makanan, 400 kit kebersihan, 500 hidangan iftar, 400 unit susu untuk kanak-kanak, 20 unit keperluan lain (NFI), dan 200 kit musim sejuk.​​

FASA 2 - 2021

6,953 unit susu dan makanan kanak-kanak, 100 unit roti, 2,000 hidangan masakan panas dan makanan sekolah, 300 pek bantuan makanan, 100 kit kebersihan, 100 kit perlindungan, dan 100 pakaian musim sejuk.

FASA 3 - 2022

Bantuan termasuk 100 unit roti, 3,000 hidangan masakan panas dan makanan sekolah, 100 pek bantuan makanan, 50 pemanas, 50 kit perlindungan, dan 100 pakaian musim sejuk.