Alhamdulillah, pada tahun 2023, Kempen Ehsan Ramadhan Global Ehsan Relief telah dapat digunakan untuk membantu insan-insan yang memerlukan. Tahun ini kami akan menggerakkan Tabung Ihya’ Ramadhan 2024. Misi utama pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan bertujuan untuk mengumpul sumbangan daripada orang ramai bagi membantu membiayai projek-projek yang dijalankan di dalam dan juga luar negara untuk membantu saudara kita di Gaza, Syria dan Yaman. Antara projek-projek yang dilaksanakan adalah projek wakaf Al-Quran, Masjid dan lain-lain.
Sejumlah peruntukan daripada tabung ini bakal digunakan untuk menyinari dan menyingkap tirai rahmat bulan Ramadhan bagi anak yatim dan juga golongan asnaf agar mereka dapat menikmati bulan yang mulia ini dengan juadah iftar dan sahur yang lengkap.
Bersedekah di Tabung Ihya’ Ramadhan dapat memupuk sifat ehsan dalam diri setiap orang muslim kerana sumbangan yang disalurkan dapat membawa manfaat kepada saudara seislam kita.