

WAKAF AIR BERSIH
Air bersih dikira sebagai 'satu kemewahan' bagi sebilangan penduduk di kawasan luar bandar. Mari kita bantu mereka dengan menyalurkan air bersih.
WAKAF AIR BERSIH
Akses kepada air bersih merupakan hak setiap manusia, namun masih terdapat berjuta orang penduduk di dunia yang masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses bekalan air bersih. Begitulah realiti kehidupan majoriti penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman yang harus membanting tulang untuk mengumpulkan bekalan air bersih buat keluarga mereka di rumah. Ketiadaan bekalan air bersih membataskan aktiviti harian mereka seperti memasak, membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Justeru, air bersih dapat mengubah kehidupan penduduk luar bandar dari segi kesihatan dan ekonomi.
Bekalan air bersih bukan sahaja meningkatkan kualiti kehidupan malah membantu menaikkan taraf kesihatan masyarakat. Bekalan air yang bersih dan berterusan penting untuk memastikan kebersihan dan tahap sanitasi dapat dijaga dengan lebih baik. Sesungguhnya setitis air bersih membawa sejuta harapan.