
WAKAF MASJID
BANTU KAMI MEMBINA MASJID
MASJID ADALAH NADI UNTUK SETIAP UMAT ISLAM
"Keutamaan orang yang membangun masjid lillahi ta'ala, maka Allah S.W.T. akan membangunkan untuknya yang seperti itu di syurga." (Al-Bukhari)
Masih ramai saudara seislam kita terpaksa mendirikan solat di fasiliti yang tidak lengkap akibat kedaifan ekonomi negara. Mereka tidak mempunyai ruangan beribadah yang selesa dan kemudahan untuk membangunkan informasi dan komunikasi ummah.
Masjid dibina bukan sekadar untuk solat sahaja, malah ia juga pusat pendidikan, kebajikan masyarakat dan musyawarah. Dengan ehsan anda, saudara kita yang tinggal di negara-negara daif dapat mengukuhkan komuniti mereka.
Masjid akan dibina sebagai pusat penyebaran ilmu dan tempat bermusyawarah bagi masyarakat. Pembinaannya membuka peluang besar untuk pembangunan masyarakat melalui pengukuhan akhlak, ilmu dan hubungan persaudaraan antara Islam.
Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid juga berperanan sebagai pusat pengajian al-Qur'an, Sunnah, Hadis, Sirah, dan ilmu Islam lainnya. Melalui pelbagai program pengajian, masjid membantu umat Islam memperdalam pemahaman agama dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Kebanyakan penduduk yang tinggal terpencil di luar banda hidup dalam kemiskinan. Seringkali ia merupakan satu cabaran bagi mereka menunaikan solat berjemaah kerana beberapa kekurangan. Antaranya, tiada ruang-ruang solat yang diasingkan untuk jemaah lelaki dan wanita.
Sertai usaha kami untuk mengubahsuai dan baik pulih masjid sedia ada. Kami bertujuan untuk memperbaiki keadaan masjid dalam pelbagai cara termasuk struktur bangunan, menggantikan lantai dan menyediaka perabot.
Dalam Islam, solat berjemaah dianggap lebih berfaedah dari segi sosial dan rohani berbanding solat sendirian. Pahala membina masjid adalah besar dan berterusan - bagi setiap doa yang dipanjatkan di dalam masjid yang telah kamu bantu membina, Allah S.W.T. akan memberimu pahala di Jannah.
Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk wakaf satu Masjid secara keseluruhannya, kami membuka satu cara lain, iaitu berwakaf satu ruangan solat.
JUMLAH MASJID YANG TELAH KAMI BINA
ASIA
(Aceh, Cambodia, Pakistan,
Bangladesh, India)
48
AFRIKA
(Cameroon, Tanzania, CAR, Chad,
Burundi, Mozambique, Mali, Uganda)
21
TIMUR TENGAH
2