top of page
photo_2023-02-26_21-53-09_edited_edited_edited.png

CARE FOR REFUGEES

Bagi pelarian Syria, Palestin, Rohingya dan Yaman

Sejauh ini, kami telah menghulurkan bantuan kepada mangsa pelarian daripada tujuh negara di seluruh dunia.

Pelarian merupakan seseorang yang terpaksa meninggalkan negaranya kerana penganiayaan, peperangan, atau keganasan. Di seluruh dunia, seramai sejuta kanak-kanak lahir sebagai pelarian.  

Di Global Ehsan Relief, kami berhasrat untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang paling memerlukannya dengan cara yang cekap dan berkesan. 

PROJEK PELARIAN

WhatsApp Image 2023-05-18 at 10.52.56.jpeg
1df9f4_a0e69c7c8bd94ca88aaaaa9097d67a12mv2.jpeg
257861837_2004579503027517_9155872820507602412_n.jpg

Kami berhasrat untuk membantu membina rumah untuk pelarian Syria yang sedang membina semula kehidupan mereka

Kit kebersihan adalah salah satu keperluan harian. Bantu kami mengagihkan barangan asas ini kepada mangsa pelarian

Cegah pertumbuhan terbantut dalam kalangan kanak-kanak pelarian hari ini dengan menyediakan keperluan susu 

Perumahan Syria

Perumahan Untuk Pelarian Syria

Pada masa ini, lebih daripada 3 juta pelarian tinggal di dalam khemah di sepanjang selatan sempadan Turki. Semasa musim sejuk, mereka tidak mempunyai tempat perlindungan yang sesuai untuk mengelakkan mereka daripada kesejukan yang melampau. Banyak khemah telah runtuh akibat hujan lebat dan salji.

Hasil daripada projek ini akan menyediakan rumah yang selamat untuk keluarga pelarian. Mereka akan diselamatkan daripada tinggal di khemah pada musim panas dan sejuk, dan dilindungi daripada masalah semula jadi seperti cuaca amat teruk.

OBJEKTIF MEMBINA RUMAH BRIKET

SEDIAKAN KELUARGA SYRIA

rumah yang selamat dan selesa

SEDIAKAN KELUARGA SYRIA

tangki air dan bekalan elektrik

PINDAHKAN KELUARGA SYRIA

daripada hidup dalam kemiskinan dan tidak selamat

Kit Kebersihan

Kit Kebersihan

Sering diabaikan, kit kebersihan adalah salah satu keperluan harian. Barangan asas ini membolehkan pelarian hidup dari hari ke hari dengan barangan yang minimum.

Kit Kebersihan termasuk barangan seperti tisu, berus gigi, sabun basuh tangan dan lain-lain. Ia merupakan sesuatu yang penting untuk mereka menjaga kesihatan dan kebersihan mereka.

REKOD

KIT KEBERSIHAN YANG DIAGIHKAN

3,069

ITEM DISERTAKAN KIT KEBERSIHAN 

9

NEGARA AKTIF

4

Susu Untuk Kanak Kanak

Susu Untuk Kanak-Kanak 

Penduduk Syria semakin sukar untuk menyara keluarga dan anak-anak mereka. Dengan ramai yang terjejas secara langsung oleh konflik dan kehilangan tempat tinggal, ia lebih sukar untuk mereka mendapatkan bekalan keperluan susu. Ini bermakna ramai kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan.

Global Ehsan Relief bersama rakan kongsi kami Human Care Syria berusahan untuk mengagihkan 50 tan susu di Idlib, Aleppo, Lattakia dan Homs 

REKOD

MAKANAN BAYI YANG DIEDARKAN

6200

KIT IBU & BAYI YANG DIEDARKAN

250

NEGARA AKTIF

4

CARA LAIN ANDA BOLEH MENDERMA

Bank Transfer.png

PEMINDAHAN BANK

Yayasan Global Ehsan Malaysia 

Maybank : 5511-3755-0534

Hantar butiran melalui email :  

info@global-ehsan-relief.org.my

Cheque.png

CEK

 Yayasan Global Ehsan Malaysia 

Hantar Cek ke :
 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor  

Cash N Nets.png

TUNAI/KAD

 Waktu Pejabat:

Isnin - Jumaat : 9AM - 5PM

Sabtu - Ahad : Tutup

Cuti Umum : Tutup

bottom of page