top of page

PROJEK LOKAL

Ehsan Pendidikan

Projek bantuan khas demi menjaga kebajikan anak yatim dengan menyalurkan bantuan berkala buat penjaga mereka.
GER00254.jpg

Mengenai Ehsan Pendidikan

Kemiskinan keluarga merupakan punca utama mengapa ramai pelajar tidak dapat meneruskan pembelajaran dan terpaksa berhenti sekolah.

 

Oleh itu, Global Ehsan Relief menjalankan program Ehsan Pendidikan yang disasarkan kepada murid-murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

 

Matlamat utama Projek Ehsan Pendidikan adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ketua isi rumah untuk menyara anak yang bersekolah untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan seperti kasut sekolah, stokin, set alat tulis dan beg fail dokumen.

Fakta Ehsan Pendidikan :

RM110

Bantuan kelengkapan persekolahan untuk mereka yang memerlukan.

KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN

Rata-rata ibu bapa mengeluh kerana terdapat peningkatan harga kasut sekolah yang membuatkan anak-anak ini memakai kasut sekolah yang lama meskipun sudah lusuh. Alat tulis juga merupakan suatu keperluan asas untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

 

Hadiahkan mereka sepasang kasut sekolah, stokin baharu, alatan tulis dan beg fail untuk kegunaan persekolahan.

Ehsan Anak Yatim

EHSAN ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA

bottom of page