top of page

EHSAN ANAK YATIM

Projek khas untuk kebajikan anak yatim dimana keluarga yang mempunyai anak yatim akan diberikan bantuan berkala

GER00254.jpg

Mengenai Ehsan Anak Yatim

Menurut laporan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sejak pandemik melanda pada tahun 2020 sehingga kini terdapat lebih dari 4,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu dan kehilangan kedua-dua atau salah satu ibu bapa yang kini memerlukan bantuan.

Hampir 200 orang menjadi YATIM PIATU. Dengan seruan kerajaan yang meminta semua NGO turut memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga atau penjaga anak-anak ini. 

Mengapa kita harus membantu?

Dalam keadaan ekonomi yang melanda setelah pandemik, ramai anak-anak yang kehilangan ibu bapa memerlukan bantuan dan sokongan bagi meneruskan persekolahan, kehidupan harian memandangkan tidak semua penjaga mampu untuk menyediakan 100% keperluan anak-anak ini. Jadi tujuan program ini dijalankan adalah untuk meringankan bebanan yang dipikul sekaligus menjamin kehidupan anak-anak ini.

Bagaimana bantuan ini dijalankan?

Dengan RM 150 pakej penuh untuk Prihatin Anak Yatim ini, bantuan seperti bekalan makanan asas dan wang poket untuk kegunaan yang memerlukan. 
 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

bottom of page