top of page

EHSAN WARGA EMAS

Projek bantuan khas untuk warga emas yang memerlukan, bantuan makanan dan keperluan lain supaya dapat meringankan beban yang ditanggung.

Elderly 6.JPG

Mengenai Ehsan Warga Emas

Projek khas ini menjadi satu program yang menarik, memandangkan sejak bergerak dari tahun 2018, penerima bantuan banyak terdiri daripada warga emas yang memerlukan bantuan kemanusiaan seperti barangan dapur yang bersesuaian dan keperluan lain memandangkan ramai warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mengapa kita harus membantu?

Kadar kemiskinan tegar di Malaysia yang dilaporkan oleh PBB di Malaysia semakin menaik sejak pandemik yang melanda. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mensasarkan pembangunan rumah jagaan warga emas memandangkan 15% rakyat Malaysia berumur 60 tahun, dan lebih dari 10% keatas memerlukan jagaan dan bantuan kemanusiaan.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru orang ramai, NGO dan perseorangan turut membantu. Oleh disebabkan itu, kita memilih projek ini bagi membantu menyediakan keperluan warga emas yang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Bagaimana bantuan ini dijalankan?

Dengan RM 150 / sekeluarga dapat meringankan bantuan mereka dimana bantuan Pek Makanan Asas serta wang saku akan diberikan kepada Warga Emas yang memenuhi kriteria.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

bottom of page