top of page
WhatsApp Image 2024-02-09 at 11.35.51_bb78efb4.jpg

MASJID DARUL EHSAN
 

Masjid ini bakal mewujudkan peluang pembangunan masyarakat pelarian Syria melalui pengukuhan akhlak, ilmu dan hubungan persaudaraan.

Global Ehsan Relief telah memulakan projek pembinaan Masjid Darul Ehsan di Tell Abyad, Syria, sebagai inisiatif untuk membantu saudara seislam di sana. Masjid Darul Ehsan ini adalah  sebuah masjid satu tingkat yang mampu menampung seramai 500 jemaah. 

"Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya sebuah istana seperti itu di dalam syurga." Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Masjid ini tidak hanya akan menjadi tempat untuk menunaikan ibadah dengan selesa, tetapi juga akan berperanan sebagai pusat pendidikan dan pusat komuniti yang penting dalam pembangunan masyarakat setempat.

Dengan menyumbang untuk pembinaan masjid ini, kita turut menyumbang kepada pembangunan dan pemeliharaan rumah Allah di bumi ini, serta mendapat pahala yang besar di dunia dan akhirat.

 

Mari berwakaf satu ruang solat serendah RM100 bagi mewujudkan institusi masjid buat saudara seislam kita di sana.

Sasaran kami untuk projek Masjid Darul Ehsan ini sebanyak RM400,000.00.

Untuk makluman, ini adalah masjid KETIGA yang kami bina di Syria selepas pembinaan Masjid Ar-Rayyan dan Masjid Al-Fattah. Sila klik link butang di bawah untuk melihat video dan gambar masjid yang telah dibina oleh Global Ehsan Relief.

Masjid Darul Ehsan

JOM DERMA!

bottom of page