MASJID SIDDIQ
Masjid ini bakal mewujudkan peluang pembangunan masyarakat pelarian Syria melalui pengukuhan akhlak, ilmu dan hubungan persaudaraan.
Global Ehsan Relief telah memulakan projek pembinaan Masjid Siddiq di Tell Abyad, Imreran, Syria, sebagai inisiatif untuk membantu saudara seislam di sana. Masjid Siddiq ini adalah sebuah masjid satu tingkat yang mampu menampung seramai 300 jemaah.
"Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya sebuah istana seperti itu di dalam syurga." Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Masjid ini mula dibina oleh penduduk kampung pada tahun 2005, dan ia terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat Tel Abyad. Walaupun mereka telah berusaha sebaik mungkin, pembinaan masjid ini tidak pernah dapat diselesaikan sepenuhnya disebabkan oleh pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setempat terutamanya akibat konflik yang berterusan di negara ini.
Masjid ini meliputi keluasan 1,600 meter persegi di ruang terbuka, dengan kawasan tertutup seluas 224 meter persegi. Berhampiran masjid ini terdapat sebuah menara tangki air yang tidak berfungsi, menunjukkan bahawa baikpulih yang perlu di Masjid ini adalah sangat penting untuk masyarakat di sana.
Masjid ini tidak hanya menjadi tempat untuk menunaikan ibadah dengan selesa, tetapi akan berperanan sebagai pusat pendidikan serta pusat komuniti yang penting dalam pembangunan masyarakat setempat.
Dengan menyumbang untuk pembinaan masjid ini, kita turut menyalurkan saham akhirat kepada pembangunan dan pemeliharaan rumah Allah di sana, serta mendapat pahala yang besar di dunia dan akhirat.
Mari berwakaf satu ruang solat serendah RM100 bagi mewujudkan institusi masjid buat saudara seislam kita di sana.
Sasaran kami untuk projek Masjid Siddiq ini sebanyak RM100,000.00.
Sila klik link butang di bawah untuk melihat video dan gambar masjid yang telah dibina oleh Global Ehsan Relief.