top of page
Mengenai Program Tajaan Anak Yatim
Program Tajaan Anak Yatim merupakan program jangka panjang yang menjaga kebajikan anak yatim. Melalui program ini, kami berusaha untuk memperkasakan anak-anak yatim melalui pendidikan, agar mereka dapat menjalani kehidupan lebih berdikari.
Kami memerlukan bantuan anda untuk merealisasikannya.
Tajaan bulanan anda untuk anak-anak yatim dapat memastikan mereka dapat pergi ke sekolah, tidur di dalam rumah yang selamat, dan makanan yang mencukupi. Program Tajaan Anak Yatim dijalankan di beberapa buah negara seluruh dunia.
Negara: Indonesia, Sri Lanka, Palestine, Iraq, Yaman, Syria
Kesan Sokongan Anda Selama Ini:
1,054
6
Tajaan Anak Yatim
Negara Aktif
BAGAIMANA TAJAAN ANAK YATIM DIJALANKAN?
Dalam program penajaan kami, satu-satunya kewajipan anda ialah sumbangan bulanan sebanyak RM190. Sebagai alternatif, anda boleh menaja setiap tahun pada RM2,200. Tajaan anda akan menyumbang kepada makanan harian, pendidikan, serta menampung perbelanjaan kesihatan anak yatim tersebut.
Walaupun menulis, melawat, menghantar hadiah atau menyumbang kepada akaun simpanan anak tajaan anda semuanya adalah pilihan, ia sentiasa dihargai.
APA YANG ANDA AKAN TERIMA:
1) Surat Aluan
Selepas anda membuat tajaan, anda akan menerima surat alu-aluan dan profil anak yatim daripada kami dalam masa dua hingga tiga minggu.
2) Pengenalan kepada anak yatim tajaan anda
Bersama-sama dengan surat alu-aluan, anda akan diperkenalkan kepada anak tajaan anda. Pengenalan ini akan merangkumi latar belakang ringkas anak tajaan anda, bersama dengan sekeping foto.
3) Maklumat tentang negara anak tajaan anda
Penerangan terperinci tentang negara anak yatim anda
4) Laporan Kemajuan Tahunan
Setelah setahun, anda akan menerima laporan kemajuan tentang anak tajaan anda, seperti perkembangan dan pencapaian terkini mereka.
Berhubung dengan Anak Yatim Tajaan Anda
Anda boleh mengirimkan surat dan gambar yang akan mengembirakan anak yatim anda.
1) Menulis Surat
2) Menghantar Hadiah
Anda juga boleh menghantar hadiah wang kepada anak tajaan anda untuk hari lahir mereka atau sebarang hadiah kecil lain yang bermanfaat. Semua perbelanjaan yang ditanggung adalah atas kos sendiri.
Setiap kanak-kanak mempunyai akaun simpanan sendiri. Anda boleh menyumbang wang ke akaun simpanan ini yang boleh digunakan untuk menyara kehidupan mereka semasa dewasa.
3) Akaun Simpanan
4) Melawat anak yatim tajaan anda
Anda dialu-alukan untuk melawat anak tajaan anda dengan kehadiran pegawai GER kami di negara yang selamat untuk melakukan demikian.
*Harap maklum bahawa ia akan mengambil masa kira-kira 2-3 minggu untuk kami menghantar pek alu-aluan anda.*
orphan sponsor
CARA LAIN ANDA BOLEH MENDERMA
Menderma secara selamat dalam talian di laman web kami. Kami menawarkan gerbang pembayaran yang selamat dan disulitkan sepenuhnya:
Paypal, Debit atau Kad Kredit
PEMINDAHAN BANK
Yayasan Global Ehsan Malaysia
Maybank : 5511-3755-0534
Hantar butiran melalui email :
CEK
Yayasan Global Ehsan Malaysia
Hantar Cek ke :
21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor
TUNAI/KAD
Waktu Pejabat:
Isnin - Jumaat : 9AM - 5PM
Sabtu - Ahad : Tutup
Cuti Umum : Tutup
bottom of page