#SedekahHariHari: 30 Hari, 30 Projek bersama Global Ehsan Relief Malaysia.
Ramadan adalah bulan keberkatan, di mana setiap amal kebaikan digandakan dan setiap sedekah menjadi peluang meraih pahala yang berlipat kali ganda.
Justeru, Global Ehsan Relief Malaysia melancarkan inisiatif #SedekahHariHari, mengajak anda menghidupkan Ramadan dengan bersedekah setiap hari dan meraih keberkatan sepanjang bulan mulia ini.
Sepanjang Ramadan, kami akan menjalankan pelbagai projek dalam dan luar negara:
-
Tajaan Iftar Mingguan
-
Pek Bantuan Makanan
-
Wakaf Masjid
-
Wakaf Al-Quran
-
Bantuan Zakat
-
Kindness Day Edisi Ramadan
-
Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir
-
Hadiah Raya seperti Baju Raya dan Duit Raya
Bagaimana Untuk Menyertai?
-
Bersedekah setiap hari mengikut kemampuan
-
Sebarkan inisiatif ini kepada keluarga & rakan
-
Sentiasa ikuti perkembangan projek kami untuk melihat impak sedekah anda!
Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Jom sahut cabaran #SedekahHariHari!