PROJEK BANTUAN AIR BERSIH
-
Sempena tahun baharu Hijrah, mari kita hayati nilai empati dengan membantu mereka yang memerlukan.
-
Lebih 2 bilion orang di dunia masih tiada akses kepada air minuman bersih.
-
Krisis air boleh menyebabkan penyakit dan kematian.
SINAR MUHARRAM : AIR ASAS KEHIDUPAN
Sempena 10 tahun penubuhan Global Ehsan Relief, kami menumpukan pelaksanaan projek bantuan air bersih di negara-negara yang terjejas akibat krisis air berpanjangan.
-
Misi Kami: Mengakhiri penderitaan akibat krisis air dengan menyediakan sumber air minuman selamat kepada negara yang memerlukan.
-
Bagaimana Anda Boleh Membantu: Anda boleh mewakafkan telaga atau menyumbang kepada projek sedekah air bersih.
SASARAN
-
500 Telaga Air Manual
-
100 Telaga Air Elektrik Kecil
-
100 Telaga Air Elektrik Besar
-
300 Telaga Air Hibrid
-
100 Telaga Air Komuniti
-
20 Telaga Solar
Apa yang pewakaf akan terima setelah Telaga Air siap dibina:
-
Sijil Penyertaan
-
Gambar Telaga
-
Testimoni Penerima Manfaat
-
Laporan Terperinci
Telaga yang menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan air bawah tanah di kawasan tanpa elektrik.
Telaga yang mempunyai kedalaman 9-12 meter ini dilengkapi pam elektrik yang memudahkan pengambilan air.
Telaga ini menggunakan pam motor elektrik yang boleh mencapai kedalaman 15 hingga 30 meter.
Telaga solar mengepam air menggunakan tenaga elektrik dari panel solar.
Telaga gabungan pam manual dan pam elektrik yang fleksibel untuk memudahkan pengambilan air bersih.
Telaga yang dilengkapi tangki air berkapasiti besar yang mampu membekalkan air bersih untuk keperluan harian sehingga 70 penduduk.
Sediakan tangki air bersih untuk penduduk Syria & Yaman yang terputus bekalan air akibat sekatan yang berlaku.
Sedekah air bersih memberi manfaat berterusan kepada negara yang memerlukan.
Telaga Air Manual (Pam Tangan)
Telaga yang menggunakan pam tangan untuk mengeluarkan air bawah tanah di kawasan tanpa elektrik. Serendah RM95 untuk satu lot, anda boleh menjadi sebahagian daripada wakaf telaga ini.
Sri Lanka dan Pakistan sedang menghadapi krisis air yang teruk akibat kemarau, perubahan iklim dan kekurangan infrastruktur, menyebabkan ramai terpaksa bergantung kepada sumber air tercemar.
Negara: Sri Lanka, Pakistan
Kedalaman: 10 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 1-3 keluarga
Harga: RM95 / 1 lot, RM950 / 1 telaga
JUMLAH TELAGA DIBINA: 4,358
PENERIMA MANFAAT: 65,370




Telaga Air Elektrik Kecil
Pam motor elektrik yang dipasangkan dapat menjimatkan masa serta tenaga apabila menadah bekalan air. Serendah RM115 satu lot, anda boleh wakaf telaga elektrik kecil untuk bekalkan air bersih kepada komuniti yang memerlukan.
Kemboja merupakan salah satu negara yang menghadapi masalah akses kepada air bersih, khususnya di kawasan luar bandar.
Negara: Kemboja
Kedalaman: 9-12 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 1-3 keluarga
Harga: RM115 / 1 lot, RM1150 / 1 telaga
Telaga Air Elektrik Besar
Telaga elektrik ini digali sehingga kedalaman 30 meter bagi mencapai lapisan air bawah tanah yang stabil dan bersih.
Negara: Kemboja
Kedalaman: 15-30 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 1-3 keluarga
Harga: RM200 / 1 lot, RM2000 / 1 telaga
JUMLAH TELAGA DIBINA: 429
PENERIMA MANFAAT: 6,435








Telaga Air Hibrid
Telaga air hibrid merupakan gabungan pam tangan air manual dan elektrik. Dengan RM130 satu lot, anda wakafkan telaga hibrid yang membekalkan air bersih buat negara yang terjejas.
Telaga hibrid amat diperlukan di Kemboja kerana ia boleh digunakan walaupun tiada bekalan elektrik, memastikan penduduk tetap mendapat akses kepada air bersih.
Negara: Kemboja
Kedalaman: 25 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 1-3 keluarga
Harga: RM130 / 1 lot, RM1,300 / 1 telaga
JUMLAH TELAGA DIBINA: 435
PENERIMA MANFAAT: 6,525




Telaga Air Komuniti
Telaga Air Komuniti dilengkapi tangki besar yang membekalkan lebih banyak air bersih. Dengan RM280 satu lot, anda menyumbang ke arah pembinaan telaga komuniti.
Telaga ini sesuai dibina di Kemboja dan Sri Lanka kerana ramai penduduk dapat memanfaatkannya untuk keperluan harian seperti minum, memasak dan kebersihan.
Negara: Kemboja, Sri Lanka
Kedalaman: 30 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 50-70 individu
Harga: RM280 / 1 lot, RM2800 / 1 telaga
JUMLAH TELAGA DIBINA: 421
PENERIMA MANFAAT: 16,840




Telaga Solar
Telaga solar menggunakan tenaga matahari untuk mengepam air dengan lebih jimat dan mesra alam. RM375 satu lot, wakafkan telaga solar sebagai sumber air bersih berterusan untuk ratusan nyawa yang amat memerlukan.
Kemboja dan Sri Lanka sesuai untuk telaga solar kerana tidak semua kawasan mempunyai bekalan elektrik, dan telaga ini mampu membekalkan air bersih secara berterusan.
Negara: Kemboja dan Sri Lanka
Kedalaman: 45-60 meter
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 4,000 individu
Harga: RM375 / 1 lot, RM7500 / 1 telaga
JUMLAH TELAGA DIBINA: 435
PENERIMA MANFAAT: 1,280




Air Bersih Untuk Syria & Yaman
Akses kepada air bersih semakin kritikal di Syria dan Yaman, memaksa ramai bergantung pada sumber air tercemar untuk terus hidup. Sediakan tangki air untuk mereka bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi semasa krisis.
Di Syria dan Yaman, krisis air yang berpanjangan menyebabkan ramai kanak-kanak jatuh sakit akibat terpaksa minum air tercemar, sekali gus meningkatkan risiko penyakit seperti cirit-birit, kolera dan jangkitan usus.
Negara: Syria, Yaman
Saiz: 5,000 ℓ
Kapasiti: Mampu menampung keperluan 500 individu
Harga: RM500 / tangki




Sedekah Air Bersih
Di saat dunia menyambut tahun baru Hijrah, jutaan insan di Kemboja, Sri Lanka, Pakistan, Syria dan Yaman masih bergelut untuk mendapatkan setitis air bersih.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 2 bilion orang di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses kepada air minuman yang selamat.
Setiap titisan yang anda hulurkan mampu mengubah hidup dan mengalirkan pahala yang berpanjangan.
Jom sedekah air bersih hari ini, bantu mereka yang bergelut setiap hari untuk mendapatkan setitis kehidupan.


