top of page

SYAABAN
 

Berkat Syaaban, Indahnya Berkongsi

Jadikan bulan Syaaban sebagai medan persiapan dan menanam benih keberkatan sebelum tibanya Ramadan.

Rejab - Website Banner.jpg

REBUT PELUANG BERSEDEKAH

 

Bulan Syaaban adalah masa yang terbaik untuk mempersiapkan diri sebelum menyambut Ramadan. Salah satu inisiatif adalah dengan menyumbang kepada Tabung Ihya’ Ramadan. Tabuan. Salah sng ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan di negara kita, malah ia juga dapat membantu saudara-saudara kita yang sedang menderita di negara-negara yang menderita kebuluran seperti Gaza, Syria, Yaman dan seumpamanya. 

Hikmah Bulan Syaaban:

  1. Persediaan Rohani: Bulan Syaaban adalah masa untuk meningkatkan ibadah, istighfar, dan taubat sebagai persediaan rohani sebelum Ramadan.

  2. Malam Nisfu Syaaban: Malam 15 Syaaban adalah malam rahmat dan keampunan.

  3. Amalan Bersedekah: Bersedekah pada bulan Syaaban membersihkan harta, mendekatkan diri kepada Allah, dan membantu yang memerlukan.

TABUNG IHYA' RAMADAN

Sepanjang bulan Ramadan, program Ehsan Ramadan dilaksanakan dengan pelbagai inisiatif bagi memberi peluang kepada saudara kita yang tidak berkemampuan untuk merasakan nikmat bulan Ramadan.

123A5519_edited.jpg

WAKAF AL-QURAN

Wakafkan set Al-Quran kepada anak-anak yatim agar mereka berpeluang untuk mempelajari ilmu Al-Quran.

448595483_858444676318917_7086897477896909044_n.jpg

HARAPAN BUAT GAZA

Gaza memerlukan sokongan dan bantuan untuk dibangun semula. Jadikan bulan Syaaban ini sebagai peluang untuk kembalikan nadi Gaza.

465659800_954499723380078_1014248631778277771_n.jpg

WAKAF AL-QURAN

BRAILLE DIGITAL

Gabungan Braille tradisional dengan teknologi digital membolehkan teks Al-Quran diakses melalui peranti untuk memastikan ilmu Al-Quran terus dapat diakses oleh semua.

176562732_1845256692293133_2501817674398175177_n.jpg

Tahun ini, sempena ulang tahun ke-10, Global Ehsan Relief melancarkan sebuah kempen khas untuk merealisasikan matlamat pengumpulan dana sebanyak RM400,000. Kempen ini akan membiayai 5 projek yang bakal membantu 10,000 penerima manfaat, menjadikan Ramadhan yang akan datang lebih bermakna dan penuh keberkatan.

CARA UNTUK ANDA MEMBANTU

 

Hulurkan Sumbangan

Sama ada anda memilih untuk menyumbang dalam projek Tabung Ihya' Ramadan, Harapan Buat Gaza, Wakaf Al-Quran, atau mana-mana projek kami yang lain, setiap sumbangan anda akan memberi impak yang besar. Tiada jumlah yang terlalu kecil, kerana setiap sumbangan membawa kami lebih dekat kepada matlamat mengumpul dana sebanyak RM400,000.

 

Sebarkan Kempen Ini

Kongsi kempen Rejab dan Ramadhan kami melalui media sosial atau secara lisan. Semakin ramai yang menyumbang, semakin besar impak yang dapat kita capai bersama.

10 TAHUN PERJALANAN EHSAN

 

Global Ehsan Relief telah melakar satu dekad penuh kejayaan, menyalurkan bantuan kemanusiaan yang mengubah kehidupan mereka yang paling memerlukan.

 

Sepanjang 10 tahun ini, kami telah berusaha tanpa henti untuk:  

 

  • Menyediakan bantuan kecemasan ke kawasan yang dilanda bencana  

  • Menyokong inisiatif pendidikan dan penjagaan kesihatan  

  • Mengagihkan makanan dan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan  

  • Lebih 5 juta penerima manfaat hasil daripada projek yang dilaksanakan

  • Bantuan kemanusiaan telah menjangkau 40 negara di seluruh dunia

 

“Sempena menyambut #SedekadEhsan, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang, rakan strategik, dan penerima manfaat atas kepercayaan yang telah diberikan. Kami akan meneruskan usaha kami demi membawa manfaat dan impak positif kepada dunia!”

PEJABAT KAMI

IBU PEJABAT

3rd Floor, Rumah Rohas, 61, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur,

WP Kuala Lumpur

CAWANGAN

No. 21, Jalan Geroda 2/1, Larkin Jaya 80350,

Johor Bahru, Johor, Malaysia

NO. PENDAFTARAN

Yayasan Global Ehsan Malaysia (1460635-V)

LANGGANI KAMI

Terima Kasih Kerana Melanggan!

HOTLINE: +6 012 - 234 0413

© 2025 by Global Ehsan Relief Malaysia

bottom of page