
Alhamdulillah, pada tahun 2024, Kempen Ehsan Ramadan Global Ehsan Relief telah membantu mereka yang memerlukan. Tahun ini, kami melancarkan Tabung Ihya’ Ramadan 2025 untuk mengumpul sumbangan bagi projek kebajikan di dalam dan luar negara, termasuk Gaza.
Misi utama pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan bertujuan untuk mengumpul sumbangan daripada orang ramai bagi membantu membiayai projek-projek yang dijalankan di dalam dan juga luar negara. Sejumlah peruntukan daripada tabung ini bakal digunakan untuk memastikan anak yatim dan juga golongan asnaf agar mereka dapat menikmati bulan yang mulia ini dengan juadah iftar dan sahur yang lengkap.
Ini lah masanya mencontohi sunnah Rasullullah S.A.W.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun."
(HR Tirmidzi)
Hulurkan sumbangan anda melalui Tabung Ihya’ Ramadan dan bersama kita meringankan beban saudara seislam.
TABUNG IHYA' RAMADAN - LOKAL
Lebih 3 juta rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan, terpaksa menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan. Anak yatim dan keluarga kurang bernasib baik tidak dapat menikmati juadah berbuka, baju raya, atau kegembiraan bulan mulia ini.
Sumbangan anda dapat memberi harapan dan membantu mereka merasai keberkatan Ramadan serta persiapan Aidilfitri yang lebih bermakna.

TABUNG IHYA' RAMADAN - LUAR NEGARA
Penduduk di beberapa negara termasuk Gaza terpaksa berlapar hampir 24 jam sepanjang bulan Ramadan, tanpa juadah berbuka dan keperluan asas.
Menderma dalam Tabung Ihya' Ramadan adalah satu langkah untuk memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan, terutama di negara-negara yang sedang dilanda krisis.
