EHSAN RAMADHAN DALAM NEGARA
Ramadhan 2025 bakal tiba, dan inilah masanya untuk menguatkan iman dan meningkatkan amal soleh. Maka rebutlah peluang di bulan mulia ini dengan perbanyakkan amalan, perbaiki amalan dan banyakkan bersedekah kerana segala ganjaran di bulan Ramadhan ini, dilipat kali gandakan pahalanya.
Bulan Ramadan ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan yang dikerjakan.
Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa dan solat sunat tarawih, sedekah dan zakat juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam.
Ini lah masanya mencontohi sunnah Rasullullah S.A.W.
RASULULLAH ADALAH MANUSIA PALING DERMAWAN TERUTAMA PADA BULAN RAMADHAN
"Nabi adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan."
(HR Bukhari)
Antara projek yang dijalankan di bawah Projek Ehsan Ramadhan dalam negara adalah Pek Bantuan Makanan, Iftar Harian, Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir, Hadiah Hari Raya, Hadiah Zakat, Kindness Day, Pengagihan Bulanan Istimewa, serta Iftar Perdana bersama Anak Yatim.
BANTUAN PEK MAKANAN RAMADHAN
Bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan barangan dapur lain diagihkan bagi membolehkan keluarga yang kurang berkemampuan dapat menyediakan iftar dan sahur sepanjang Ramadhan.
PROGRAM IFTAR HARIAN
Menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari khusus untuk anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim, memastikan mereka dapat menikmati hidangan yang berkhasiat sepanjang bulan Ramadhan.
IFTAR & SAHUR (10 MALAM TERAKHIR)
Rebut pahala berganda pada 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan menaja hidangan Iftar dan Sahur buat mereka yang memerlukan, khusus anak yatim, asnaf dan anak-anak madrasah.
IFTAR PERDANA BERSAMA ANAK YATIM
Iftar Perdana Bersama Anak Yatim adalah inisiatif untuk menyantuni anak-anak yatim dengan menjamu hidangan iftar secara beramai-ramai di masjid. Program ini turut diserikan dengan tazkirah dan solat berjemaah.
PENGAGIHAN BULANAN ISTIMEWA RAMADHAN
Bantuan ini merangkumi keperluan asas yang meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadhan, membolehkan mereka menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga.
KINDNESS DAY
Kindness Day edisi Ramadhan meraikan semangat berkongsi dengan mengagihkan manisan atau makanan ringan secara percuma kepada penduduk setempat.
PEMBERIAN ZAKAT
Setiap bayaran zakat yang diterima akan digunakan untuk membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.
HADIAH HARI RAYA
Berikan keceriaan kepada anak-anak yatim dan asnaf melalui sumbangan anda yang akan digunakan untuk menyediakan baju raya dan duit raya.