![]() | ![]() |
---|
GLOBAL WAKAF PROJECTS
Daripada sudut pandangan Islam, wakaf ataupun pembiayaan sebagai satu institusi, bermula dengan niat mulia untuk melakukan kebaikan untuk memanfaatkan diri sendiri ataupun orang lain.
“
Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh
”

Wakaf Sekolah/ Maahad Intergrasi Anak Yatim
Pendermaan anda bukan sahaja memberi bangunan untuk berteduh buat kanak kanak ini tetapi – ia bermakna anda menyumbang kebahagian kepada zaman kanak kanak dan juga memberi mereka masa hadapan yang cerah.
“Rumah terbaik di kalangan umat Islam adalah rumah di mana anak-anak yatim dipelihara dengan baik. ” - ' [al-Bukhari]
Dana digunakan untuk – pembelian tanah, membangunkan sekolah dan madrasah intergrasi lengkap untuk anak-anak yatim di Indonesia,bekalan utiliti, gaji pekerja dan penyelenggaraan dalam beberapa negara seperti di Aceh, Indonesia..
Anda boleh membuat sumbangan atau Wakaf anda untuk: RM 200, RM 500 atau RM 1,000

Wakaf Pembinaan & Pembaikan Masjid
Masjid merupakan tempat terutama dalam sebuah masyarakat islam. Mendirikan tempat beribadah merupakan keperluan asas dalam perkhidmatan kemasyarakatan.
Kewajipan yang pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila tiba di Madinah adalah menaikkan Masjid. Nabi bersabda
“ Barangsiapa membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan baginya masjid di syurga ”- at-Tirmidhi, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban
Ger bersama rakan kongsi antarabangsa membaikpulihkan masjid-masjid terutamanya dikawasan krisis seperti Gaza, mendirikan masjid baru dikawasan pedalaman dan kampung-kampung di luar negara seperti Kemboja, Pakistan, Africa dan lain-lain.
Anda boleh membuat sumbangan atau Wakaf anda untuk: RM 200, RM 500 atau RM 1,000

Wakaf Quran
Kebanyakkan daripada fakir miskin tidak mampu membeli Kitab Al Quran. Global Ehsan Relief bersama Yayasan Kemaslahatan Ummat (YKU) Aceh, Rumah Zakat (Ind) & Ummah Welfare Trust telah menjalankan projek mengagihkan Quran dan terjemahanya di tempat yang diabaikan dan miskin seperti di :-
TARGET QURAN UNTUK DIWAQAFKAN ADALAH 1000 NASKAH
- Aceh
- Indonesia
- Pakistan
- Afghanistan
- Filipina
“Mengagihkan 5000 Al Quran dan terjemahannya kepada fakir, miskin dan anak yatim di Bandar Aceh/ Aceh Besar dan Lhokseumawe dan negara lain. ”
RM 30 untuk satu naskah Al Quran
Anda boleh membuat sumbangan atau Wakaf anda untuk: 1 set, 5 set, atau 10 set

Wakaf Quran Braille
Projek ini bertujuan untuk membantu lebih 2 juta orang yang tidak mempunyai penglihatan di Indonesia untuk belajar, membaca dan menghafal Quran. Teknologi sebegini dapat membantu mereka yang tidak mempunyai penglihatan untuk belajar dengan cepat, lebih baik dan senang. Dengan adanya Quran Braille Digital, mereka boleh membawa perkakas itu kemana mana
“Jom membantu mereka membaca Al Quran . ”
RM 550 untuk satu set Quran Braille digital
Anda boleh membuat sumbangan atau Wakaf anda untuk: 1 set, 5 set, atau 10 set
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha mengetahui.