EHSAN RAMADAN BERSAMA USTAZ CHE AMRAN
Ramadan bulan keberkatan, peluang untuk membantu saudara seIslam yang memerlukan, di dalam dan luar negara.

Ustaz Che Amran
Duta Global Ehsan Relief Malaysia
SANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF BERSAMA USTAZ CHE AMRAN
Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 300,000 anak yatim Islam, sebahagian besar daripada mereka hidup dalam serba kekurangan. Ramadan bagi mereka tidak seperti kita, mereka tiada juadah istimewa untuk berbuka, tiada pakaian baharu untuk menyambut Syawal. Mereka menanti sumbangan kita bagi meneruskan kehidupan di bulan penuh keberkatan ini.
Ramadan adalah bulan terbaik untuk kita bersedekah. Bersama Ustaz Che Amran, marilah kita membantu anak-anak yatim, golongan asnaf, dan saudara seIslam dalam dan luar negara yang dalam kesusahan dengan menyokong inisiatif Ehsan Ramadan, agar mereka juga dapat merasai nikmat Ramadan dan Syawal dengan lebih sempurna.
Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan:
-
Tajaan Iftar Mingguan
-
Pek Bantuan Makanan
-
Bantuan Zakat
-
Kindness Day Edisi Ramadan
-
Iftar dan Sahur 10 Malam Terakhir
-
Hadiah Raya seperti Baju Raya dan Duit Raya
Sabda Rasulullah ﷺ: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim, 2588)
Sedekah anda adalah harapan bagi mereka. Derma serendah RM20 untuk bantu mereka yang memerlukan!