top of page

BACK TO SCHOOL 2024

Program ini dijalankan agar murid-murid yang kurang berkemampuan ini berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu. 
GER01083.jpg

BACK TO SCHOOL 2024

Sesi persekolahan 2024 akan menjelang tidak lama lagi. Pakaian dan kelengkapan sekolah yang serba baharu sudah tentu memberi semangat kepada anak-anak untuk kembali melangkah ke sekolah. Sukacita dimaklumkan tahun hadapan Global Ehsan Relief akan menjalankan program Back To School. Program Back To School merupakan sebuah inisiatif bantuan kemasukan ke sekolah yang disasarkan kepada murid-murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Program ini dijalankan agar murid-murid yang kurang berkemampuan ini berpeluang dan tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu. 

Bantuan yang akan diberikan adalah SET KELENGKAPAN BARANGAN SEKOLAH seperti:

  • Baju Sekolah

  • Kasut Sekolah

  • Beg Sekolah

  • Dan juga Set Alat Tulis

Kami perlukan RM50,000 untuk membantu 200 orang murid agar mereka dapat kembali ceria untuk ke sekolah.

bottom of page