SIAPA KAMI?
WAWASAN
Wawasan kami adalah untuk membasmikan kemiskinan tegas, menyediakan pendidikan untuk semua dan memperuntukan kemudahan untuk mereka yang memerlukan; selain itu mendidik masyarakat untuk bersedekah serta melahirkan sifat empati diri supaya keadilan akan dapat dicapai. Pembangunan ummah akan dapat dirancang dengan lebih baik.
KEPERCAYAAN & NILAI
Kami berdedikasi untuk menangani masalah kemiskinan dunia, Global Ehsan Relief ingin membasmikan ketidak samarataan kemajuan di keliling kita dan apa yang ingin dicapai adalah keadilan dan keselamatan dunia sejagat pada jangka pasa panjang. Maltlamat kami adalah menyediakan khidmat kutipan dana dan pembahagian yang telus, cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
NILAI KAMI
Nilai-nilai murni yang di ajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan GER dalam menjalankan misi kemanusiaan seperti mana yang telah mengajar kepada sesiapa yang berkemampuan bertanggungjawab dalam membantu golongan yang memerlukan. GER membantu golongan miskin dalam mendapatkan keperluan asas, pendidikan, air dan bilik air serta kesihatan. Misi kami juga berusaha membantu golongan ini mencari jalan keluar dari taraf kemiskinan melalui skim kehidupan yang stabil.
AMANAH
Global Ehsan Relief mempunyai 11 pemegang amanah yang terdiri dari orang-orang kehormat masyarakat melayu, supaya amanah yang diberikan kepada para pekerja di jalankan dengan cekap, cemerlang, terbilang dan bertanggungjawab dalan setiap tugas yang diberi, selain itu berpegang teguh pada semangat yang diperlukan dalam bantuan misi kemanusiaan dan pendidikan Islam. Bagi tujuan itu, para pemegang amanah kami selalu memantau dan melakukan lawatan kerja ke pejabat serta pekerja bagi menilai projek-projek kami.
KETELUSAN
Global Ehsan Relief bekerja di bawah pantauan para Ulama yang memastikan bahawa setiap tugasan yang diberikan ditepati selari dengan hukum syara' . Penting untuk setiap pekerja memahami bahawa mereka bertanggung jawab terhadap setiap pekerjaan kerana Allah S.W.T, Pertubuhan kami berusaha untuk menjaga ketelusan setiap tugas dan amanah yang diberi.
Setiap sumber, dana, derma yang diterima akan dikawalselia oleh Ulama bagi memastikan pembahagian dana-dana tersebut selari dengan urusan seperti Sedekah, Zakat, dan lain lain seperti yang termaktub di dalam pegangan Muslim.
Pertubuhan kami juga menjalani audit secara keseluruhan daripada penderma hingga ke penerima manfaat.
Peringatan: Global Ehsan Relief tidak menjalani kutipan derma dari rumah ke rumah. Pertubuhan kami menasihati penderma untuk melaporkan pengutip derma yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai daripada pihak Global Ehsan Relief dengan serta merta.
Global Ehsan Relief akan mengeluarkan resit rasmi sebagai tanda penerimaan kepada mereka yang menderma. Kami ingin mengingatkan bahawa penderma harus meminta sijil tanda penerimaan jika mereka memberi wang kepada wakil, pegawai ataupun para pekerja daripada Global Ehsan Relief.
Rasulullah S.A.W bersabda,’The believers, in their love, mutual kindness, and close ties, are like one body; when any part complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever.’ - Muslim