top of page
292490428_3262744044045950_4427004807842075421_n.jpg
293993942_3267891413531213_3318563069957545385_n.jpg

QURBAN RELIEF
 

Sedekahkan Qurban hari ini dan bantu kami untuk memberikan sokongan kepada umat Islam yang susah dan memerlukan. Pengorbanan Qurban anda akan bermakna kepada mereka yang kelaparan di seluruh dunia dengan menikmati daging Qurban yang lazat pada Hari Raya Aidiladha.

  PENGERTIAN AIDILADHA

Hari Raya Aidil Adha disambut setiap tahun bagi semua Muslim di dunia ini. Jatuh pada hari ke - 10 bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Biasa disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Keempat-empat hari ini merupakan Hari Tasyrik. Hari Tasyrik ialah hari yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam.

Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah.

  FAQ KORBAN

(1)  Apakah dimaksudkan dengan ibadah Korban?

  • Ibadah Korban adalah nama bagi satu haiwan ternakan yang disembelih pada Hari Raya Aidiladha dengan tujuan taqarrub (Amalan yang dilakukan kerana Allah) pada masa-masa tertentu. Iaitu10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.

(2)  Hukum melaksanakan ibadah Korban

  • Sunat muakkad bagi individu yang berkemampuan.

(3)  Bolehkah melakukan korban keatas orang yang sudah meninggal dunia?

  • TIDAK BOLEH, kerana antara syarat sah korban adalah orang yang masih hidup tetapi jika simati mewasiatkan korban atau telah melakukan nazar,diharuskan melaksanakan ibadah korban lalu diniatkan pahala korban disedekahkan kepada simati.

      Ada beberapa pendapat tentang persoalan ini: 

  1. HARUS dan pahalanya juga sampai kepada si mati. Pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafi, Al-Maliki, Al-Hambali dan sebahagian As-Syafie. Bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan: بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad”. (Hadis Riwayat Muslim). Dikatakan pada masa itu ada umat Nabi yang sudah meninggal.

  2. MAKRUH menurut pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Maliki. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya” (Syarah Mukhtasar Al-Khalil).

  3. TIDAK BOLEH melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie. Disebut oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata: وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ بـِهَا Maksudnya: “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia melainkan ia telah diwasiatkan” (Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj).

(4)  Apakah syarat sah haiwan yang dipilih untuk Korban?

  • Haiwan ternakan seperti kambing, lembu, unta, kibas dan yang sewaktu dengannya. Haiwan yang sihat dan sempurna tanpa kecacatan.

  1.   Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam.

  2.   Lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk tahun ketiga.

  3.   Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga.

  4.   Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi.

(5)  Adakah perlu untuk membuat akad perwakilan?

  • Memadai dengan niat oleh peserta korban.

(6)  Mana yang lebih baik, qurban di dalam negara atau diluar negara?

  • Sebaik-baiknya korban dilakukan di tempat sendiri, sembelih sendiri dan melihat sembelihan serta mengagihkan sendiri. Akan tetapi jika dilihat dari sudut keperluan dan sedekah adalah digalakkan untuk melakukan korban di negara-negara miskin yang berdepan ancaman kebuluran, negara yang sedang berkrisis supaya ibadah korban sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

(7)  Bolehkah buat korban satu bahagian kepada seluruh ahli keluarga?

  • TIDAK BOLEH, 1 bahagian untuk 1 nama sahaja tetapi boleh diniatkan pahala korban sebagai sedekah kepada ahli keluarga yang lain.

(8)  Bolehkah memotong kuku, memotong rambut dan sebagainya bagi peserta korban dan apakah hukumnya?

  • Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut. 

bottom of page