QURBAN RELIEF 2024
Jom bersama kami dalam melaksanakan ibadah korban bagi melunaskan tuntutan dari - Nya dan hasil korban anda itu diagihkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan, dalam kita menjalankan ibadah korban secara tidak langsung kita bantu mereka yang bergelut dengan kemiskinan. Jom korban hari ini!
Bulan Zulhijjah - kebaikannya kurang dikenali berbanding dengan bulan Ramadhan, tetapi bulan ini memberikan lebih banyak peluang untuk mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Manfaatkan bulan mulia ini dengan menyokong saudara-saudari Muslim kita di komuniti yang paling memerlukan dengan daging Korban segar, sambil memenuhi ibadah Korban anda.
Baginda Nabi (S.A.W) bersabda: "Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Hasil korban anda akan disalurkan kepada golongan yang benar - benar memerlukan termasuk asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Ada diantara penerima korban kami hanya setahun sekali dapat merasa daging korban, atas asbab itu kami mengambil langkah untuk mengajak anda bersama kami dalam menjalankan ibadah korban di luar negara.
Kami berpengalaman selama 9 tahun dalam mengendalikan korban di luar negara, 28 buah negara kesemuanya dan negara yang kami pilih adalah negara yang dihimpit dengan kemiskinan. Sepanjang kami menguruskan ibadah korban ini seramai 1,532,850 penerima menerima manfaat hasil korban dari orang ramai. Sumbangan anda akan membantu setiap keluarga dalam bulan mulia Korban dan memberi manfaat kepada orang-orang di beberapa negara termiskin di dunia.