top of page
DSC09045_edited.png

BANTUAN KECEMASAN SYRIA

Seluruh dunia tertumpu kepada isu wabak "Coronavirus atau Covid-19" kini dan pelbagai langkah keselamatan dari serata pelusuk dunia namun apa yang terjadi di Idlib Syria sebaliknya. Mereka berdepan dengan musibah kehilangan tempat tinggal, kebuluran, kekurangan sumber air bersih dan sebagainya.

Ramai penduduk Idlib Syria yang kini terpaksa melarikan diri di sempadan Syria/Turki. Ada kematian yang berlaku dan sebagainya.

Hampir 300 penduduk Syria melayang nyawa, kebanyakan penduduk di Idlib Syria kini melarikan diri sehelai sepinggang mencari tempat yang lebih selamat.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Kami sedang mengumpulkan dana untuk membekalkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Derma sekarang untuk menyediakan bantuan kepada mereka.

education1.webp

TEMPAT PERLINDUNGAN - SATU BUAH
RM 1 800

Bantu mendirikan tempat perlindungan sementara dari batu bata (yang lebih kukuh), dibina dengan sebuah bilik, pintu dan 2 tingkap serta dilindungi dengan canvas.

Lokasi : Keferlusin, Babiska, Ahtarin, Kaibe, Shemmarih

TARGET : 10 000 Buah tempat perlindungan

education2.webp

PEK BANTUAN MAKANAN SATU KELUARGA - SEBULAN
RM 450

Bantuan segera makanan kering untuk mangsa pelarian Syria yang kini sedang berdepan ancaman kebuluran

Pek makanan itu akan mengandungi barangan makanan untuk sebulan / sekeluarga (4-5 orang satu keluarga)

education4.webp

KIT KEBERSIHAN DIRI - SEBULAN
RM 150

Keperluan diri untuk tujuan membersihkan diri.

education3.webp

BEKALAN AIR BERSIH - SEBULAN
RM 300

Bekalan air bersih akan dihantar secara berkala di kawasan tempat perlindungan untuk kegunaan mangsa pelarian seperti memasak, membasuh, menyucikan diri dan lain-lain.

bottom of page